PENGHARGAAN


             
             Segala pujian hanya bagi Allah semata, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam semoga tercucurkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang telah membawa risalah, menunaikan amanah dan pemberi nasihat kepada umat serta kepada ahli keluarganya, shabat-sahabatnya dan mereka yang sentiasa mengikut sunnahnya.

             Alhamdulillah, penghargaan ini saya tujukan kepada ahli kumpulan kami yang banyak membantu, sanggup berkongsi ilmu dan maklumat dan bertungkus-lumus bagi menyiapkan blog untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.

             Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan kami, Ustaz Muhammad Taufik Bin Md Sharipp kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kami dan menegur dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

             Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan blog ini secara sulit ataupun tidak. Kesudian anda amat kami hargai.



No comments:

Post a Comment