LATAR BELAKANG
- Nama : Khalifah Sulaiman bin Salim bin Bayazid bin Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid bin Murad bin Orkhan bin Uthman bin Ertoghrul bin Sulaiman Syah
- Jawatan : Dinasti kerajaan bani Uthmaniyah Tukri yang kesepulaj
- Gelaran : Khalifah Sulaikam Al-Qanuni Yang Agong atau Khalifah Sulaiman I (Sesetengah penulis menyebut baginda sebagai Khalifah Sulaiman II kerana mengira Khalifah Sulaiman I ialah berkuasa bersama-sama Khalifah Muhammad I)
- Ciri-ciri : Bijak, cerdik, berlapang dada dan pandai membina hubungan silaturrahim dengan adik-beradik dan saudara-mara
- Kelahiran : Khalifah Sulaiman O dilahirkan pada 899H/6 November 1494M
- Calon : Baginda merupakan calon khalifah ayahanda baginda Khalifah Salim I
PEMERINTAHAN
Tindakan pertama Khalifah Sulaiman I sebaik sahaja dilantik menjadi khalidah ialah dengan memerhati persoalan sempadan negara iaitu tanah sempadan kerajaan Uthmaniyah dengan kerajaan-kerajaan negara-negara Eropah. Ini adalah kerana tiada musuh kerajaan Uthmaniyah selain daripada kerajaan-kerajaan Kristian Eropah. Sejak kerajaan Islam Dinasti Bani Uthmaniyah ditubuhkan atau diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul pada tahun 680H/1281M, kerajaan-kerajaan Kristian Eropah mulai takut kepada kerajaan Uthmaniyah. Ini adalah kerana mereka pernah mengalami masalah dengan kaum Muslimim pada zaman pemerintahan kerajaan Turki dan Kurdi di Utara Tanah Arab terutama pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayubbi lagi.
Baginda bercita-cita untuk memperluaskan tanah jajahan negara Islam di seluruh benua Eropah. Khalifah Sulaiman I telah memimpin sebuah angkatan tentera Uthmaniyah menuju ke Eropah. Pasukan baginda bertembung dengan pasukan tentera Hungary yang dipimpin oleh rajanya sendiri iaitu Raja Lauis II. Tentera Hungary kalah dan tentera Turki Uthmaniyah berjaya menawan Kota Belgrade. Kemudian Khalifah Sulaiman I memimpin bala tentera baginda menuju ke kepulauan Rhodes untuk menawan kepulauan tersebut. Pada tahun 927H/1522M, tentera kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengepung pulau Rhodes tetapi berakhir dengar termetrainya perjanjian damai. Mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan di Eropah Timur itu, Khalifah Sulaiman I telah mengikatt tali persahabatan dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan atau negara Perancis.
Raja Louis II yang terselamat dalam peperangan di Belgrade telah mengumpul semula kekuatan tenteranya. Sebaik sahaja Khalifah Sulaiman I mendapat tahu Raja Louis II telah membina semula tenteranya, mala baginda terus memimpin angkatan tentera Islam Turki Uthmaniyah mara untuk bertempur dengan tentera Hungary pimpinan Raja Louis II itu. Kedua-kedua pasukan bertemu di suatu tempat bernama Mohach pada tahun 931H/28 Ogos 1526M. Kebanyakkan tentera Hungary teridiri daripada kaum Magyar. Kaum ini adalah berasal dari negara Hungary juga. Sebab itu orang-orang Magyar mudah menyertai tentera Hungary pimpinan Raja Louis II. Oleh kerana kaum Magyar ramai menganggotai pasukan tentera Hungary ini, maka perang ini lebih terkenal disbut sebagai peperangan melawan kaum Magyar. Pihak tentera Hungary telah tewas dan Raja Louis II turut terbunuh. Pada tarikh 2 September tahun yang sama, Kota Buda telah dapat ditawan oleh Khalifah Sulaiman I.
Kematian Louis II dalam peperangan di Mohach telah menyebabkan berlaku perebutan kuasa oleh dua kerajaan yang bergabung dengan kerajaan Hungary iaitu antara Raja Ferdinand dari negara Austria dengan Raja Voivode John Zapola dari negara Transylvania. Khalifah Sulaiman I tidak melepas kesempatan yang terbaik ini lantas menyebelahi Raja Voivode John Zapola dari negara Transylvania. Raja Ferdinand telah tewas. Dan Khalifah Sulaiman I telah menbalkan Raja Voivode John Zapola di Kota Buda sebagai raja di situ. Pada tahun 943H/1529M, Khalifah Sulaiman I mara ke Kota Vienna dan menawannya. Kemudian baginda mara lagi menawan kota Guns. Kota ini adalah kubu kuat musuh. Kemuadian Khalifah Sulaiman I mara lagi sehingga baginda ditentang oleh orang-orang Genoa. Termeterai perjanjian damai di situ.
Ketika itu negara Farsi sedang diperintah oleh Syah Tahmasp, anak kepada Syah Ismail. Syah Tahmasp menjadi raja Farsi sejak tahun 929H/1524M lagi. Beliau enggan mengiktirafkan Khalifah Sulaiman I sebagai Khalifah Kerajaan Dinasti Bani Uthmaniyah Turki yang menyebabkan Khalifah Sulaiman I marah. Pada tahin 940H/1534M, Khalifah Sulaiman I mempimpin bala tentera Turki Uthmaniyah menyerang negara Farsi . Kota Tabriz telah dapat ditawan. Kemudian Khalifah Sulaiman I pulang ke Kota Istanbul untuk merencana serangan yang baru ke atas musuh-musuh negara, Arah pertama ialah di Afrika Utara menghala ke Laut Mediterranean. Di Afrika Utara, tentera Kerajan Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan tentera Sepanyol dan berjaya menakluki sebahagian besar negara-negara di Afrika Utara seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1537M, Khalifah Sulaiman I mengumumkan peperangan ke atas Venesia. Untuk menghadapi kaum Venesia, tentera Kerajaan Turki Uthmaniyah perlu menggunakan armada laut. Khalifah Sulaiman I mendapat tahu seorang pahlawan Islam berketurunan Yunani atau Greak tua yang berasal dari Kota Lesbos sudah lama menguasai perairan Laut Mediterranean. Pahlawan laut atau laksamana itu bernama Khairuddin Barbarossa berperang di Laut Mediterranean sejak sekian lama sehingga berjaya mengalahkan armada-armada laut negara Sepanyol yang cuba turut menguasai Laut Mediterranean dan bahagian darat Utara Afrika. Turut berperang bersama Laksamana Khairuddin Barbarossa ialah adiknya yang bernama Aruj. Laksamana Khairuddin Barbarossa juga mempunya hubungan persahabatan yang baik dengan kerajaan Hafsiyyah di negara Tunisia.
Setelah dibawa masuk oleh Khalifah Sulaiman I ke dalam pasukan tentera laut kerajaan Turki Uthmaniyah, Laksamana Khairuddin Barbarossa telah membawa armada laut Turki Uthmaniyah berperang melawan tentera kerajaan Itali. Kejayaan yang gilang gemilang telah dicapai oleh armada kerajaan Uthmaniyah. Dalam tempoh tiga tahun sahaja angkatan armada laut kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Laksamana Khairuddin Barbarossa telah berjaya menguasai kawasan antara laut Aegean hingga ke pulau Crete, Tinos dan Mykonis. Namun tenaga dan kepakaran Laksamana Khairuddin Barbarossa tidak dapat digunakan dengan lebih lama lagi kerana pahlawan besar ini telah meninggal dunia selepas itu. Kerana itu Khalifah Sulaiman I kembali memimpin angkatan tentera laut Turki Uthmaniyah untuk menakluki Kota Buda yang terle[as ke tangan tentera musuh. Sebelum sampai ke Kota Buda, mereka menggempur dan menawan Kota Buda. Terdapat sebuah gereja yang besar di Kota Buda. Baginda menjadikan gereja itu masjid dan sekali gus mewujudkan satu undang-undang pentadbiran di negara Hungary.
PEMBANGUNAN
Pada tahun 956H/1550M, ketika Khalifah Sulaiman I sedang berada di kemuncak keagunagan dan kegemilangan pemerintahannya, baginda telah membina sebuah masjid yang besar di kota Istanbul. Masjid itu dibina dengan seni reka bentuk yang sangat menarik. Kecantikan ukirannya sehingga hampir menandingi keunikan seni bini dan reka bentuk Masjid Ain Sopia (Masjid Aya Sophia). Lebih tetap lokasi atau kedudukan masjid ini ialah di utara kota Serai. Masjid ini dinamakan Masjid Sulaimaniyyah. Masjid ini dibina selama 6 tahun baru siap sepenuhnya (956H-962H/1550M-15556M). Sebenarnya masih dibina sebanyak 75 buah lagi masjid yang dikira besar dan 47 buah masjid yang dianggap kecil sahaja.
Selain daripada masjid, tempat-tempat ibadat yang lain seperti madrasah dibina sebanyak 48 buah juga, institusi pengajian al-Qurran sebanyak 7 buah, 7 buah rumah sakit, 7 buah jejambat, 7 buat jambatan, 5 buah gedung perniagaan, 27 buah istana, 8 buah rumah persinggahan, 31 buah kolam renang dan 18 buah rumah tempat pengurusan jenazah. Ini sebenarnya tanggungjawab pemerintah terhadap kesejahteraan rakyat. Bukan satu jasa yang wajar diberi pujian. Tetapi kewajipan pemerintah sekiranya khalifaha tidak melaksanakannya, khalifah itu dikira berkhianat kepada rakyat jelata.
PERJUANGAN DAN PENGORBANAN
Khalifah Sulaiman I adalah seorang khalifah yang sangat perkasa dan berani. Memang semua khalifah Dinasti Bani Uthmaniyah Turki amat gagah perkasa, handal dan berani. Khalifah Sulaiman I memimpin angkatan tentera Turki Uthmaniyah sebanyak 13 kali selama baginda menjadi khalifah selama kira-kira 46 tahun (925H-973H/1520M-1566M). (10 kali ke Eropah dan 3 kali ke Asia). Pada zaman pemerintahan baginda, tanah jajahan atau kawasan taklukan kerajaan Dinasti Bani Uthmaniyah Turki adalah seluas 644,000 kilometer persegi. Memang dari sungai Sava di utara ke sungai Nil di selatan. Dari banjaran Caucasus di timur hingga ke Gunung Atlas di sebelah barat. Di dalam sejarah pemerintah kerajaan Dinasti Bani Uthmaniyah Turki, kemasyhuran Khalifah Sulaiman I mengatasi senarai khalifah-khalifah yang lain. Kerani itulah baginda digelar "Yang Hebat"
KEJAYAAN PEMERINTAHAN
KHALIFAH SULAIMAN I
Kejayaan pemerintahan oleh Khalifah Sulaiman I bergantung kepada teraturnya perlaksanaan al-Qanun atau peraturan (perlembagaan ) yang digubal oleh baginda sendiri. Di atas sebab itu, baginda digelar juga dengan al-Qanuni yang bermaksud penggubal undang-undang . Al-Qanun menggariskan undang-undang tentang kenteraan, berkaitan harta, polis dan hal-hal tanah.
Dalam bidang kebudayaan, kesusteraan, ilmu pengetahun amnya sangat berkembang pada zaman pemerintahan baginda. Baginda sendiri adalah seorang khalifah yang sangat berminat di dalam seni bina. Ini dapat dilihat jelas dengan sini bina pada masjid-masjid yang baginda bina.
MENINGGAL DUNIA
Khalifah Sulaiman I meninggal dunia pada tahun 6 September 1566M ketika berusia kira-kira 72 tahun. Baginda berada di atas takhta Khalifah selama kira-kira 46 tahun. Kematian baginda bukan ketika sedang berkat atau berada di dalam istana, tetapi ketika berada di jalan Allah SWt. Pada 1hb Mei 1566, Khalifah Sulaiman I telah memimpin angkatan tentera Uthmaniyah untuk memerangi tentera kerajaan Sepanyol yang disokong oleh kerajaan Malta. Setelah berjalan selama kira-kira 5 bulan ketika sampai di kota Szigeth, baginda jatuh sakit secara tiba-tiba. Baginda meninggal dunia di kota itu pada tarikh 6 September 1566M. Kota Szigeth kemudian dapat ditakluk oleh kerajaan Turki Uthmaniyah.
Rujukan:-
- Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
Tq💜💜💜
ReplyDelete