Wednesday, 10 February 2016

PUNCA-PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAH

Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah berpunca kepada beberapa faktor utama seperti :
  •       Konspirasi jahat oleh negara Eropah (Inggeris, Perancis, Itali & Rusia) sejak berabad-abad yang mahu merobohkan & meruntuhkan kerajaan dinasti bani Uthmaniyyah Turki.
  • *      Tindakan memecah belah umat Islam Turki dengan cara memupuk fahaman Nasionalisme di kalangan para pelajar di Eropah, setelah pulang ke negara asal mereka terus memperjuangkan fahaman itu.
  • *      Tindakan negara-negara Arab sendiri (Mesir, Hijaz & Nejad) yang bertindak keluar dari naungan pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah atas hasutan kerajaan Inggeris.
  • *      Pengaruh kumpulan pembaharuan yang dinamakan Golongan Turki Muda yang mahukan perubahan di dalam pemerintahan & kebudayaan Turki.
  • *      Pergerakan Kaum Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi lama atau agama Islam yang menjaga kepentingan hukum khususnya terhadap kaum wanita, terus menggugat keutuhan kerajaan Uthmaniyyah yang berteraskan pentadbiran syariah Islam didalam aspek pentadbiran & sosial.
  • *      Kekuatan pengaruh kaum Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang mahu mendirikan Negara Yahudi di bumi Palestine.


rRujukan : Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan

No comments:

Post a Comment