LATAR BELAKANG
- Nama Islam beliau: Muhammad bin Dawud Chaghri
- Gelaran di kalangan tentera: Alp Arslan (Singa Berani)
- Pernah dilantik sebagai gabenor Khurasan (1095M) untuk menggantikan bapanya dan pemerintahan bapa saudaranya, Tughrul Beg
- Meluaskan empayar Seljuk hingga ke Armenia dan Georgia (1046M)
- Menyerang Empayar Byzantin dan berjaya tawan Anatolia
- Kejayaan Alp Arslan dalam Perang Manzikert melenyapkan ancaman Byzantin
- Beliau membenarkan pegawai bangsawan Turkemnya untuk memerintah di atas kesetiaan mereka kepadanya
- Dalam tempoh 2 tahun sahaja, bangsawan Turkmen berjaya luaskan pengaruh di Laut Aegean dengan menubuhkan wilayah yang digelar Belgik (wilayah-wilayah yang dikuasai oleh para bangsawan)
PERLUASAN WILAYAH
- Alp Arslan terkenal sebagai tokoh yang sering berjihad mengembangkan Islam
- Beliau merancanakan perluasan ke wilayah Kristian yang berhampiran dan menakluki wilayah yang dikuasai oleh Daulah Fathimiyah (bermazhab di Mesir)
- Beliau menyiapkan tentera yang besar dan akhirnya berjaya menguasai Armenia, Georgia dan agama
- Islam dapat disebarkan di sana
- 1070M, meluaskan kuasa ke Syria dan mengepung wilayah yang dikuasai oleh Muradisah di Halab
- Alp Arslan memaksa pemimpun wilayah itu, Mahmud bin Salleh supaya iktirah semula pemerintahan
- Abbasiyah tidak lagi berpusat kepada Daulah Fathimiyah
- Beliau menghantar panglima perangnya, Atansaz bin Auk Al-Khawarizmi untuk melakukan serangan ke wilayah selatan Syria dan Atansaz berjaya menawan Ramallah dan Baitul Maqdis
- Walaubagaimanapun, beliau belum mampu menguasai Asqalan (pintu masuk utama ke Mesir)
- Kejayaan penaklukan wilayah Kristian bangkitkan kemarahan Romanus Diogenes IV (Kaisar Romawi) yang memerintah dari 1068M-1071M dan bertekad untuk melakukan serangan balas
- Pasukan tentera Kaisar beberapa kali terlibat dalam pertempuran dan angktana tentera Seljuk
PERANG MANZIKERT DI DAERAH MUS, TURKI
(26 OGOS 1071M)
Ibn Katsir (sejarawan Islam) menceritan di dalam bukunya :
"Pada tahun itu, Kaisar Romawi yang bernama Romanus telah bergerak dalam satu pasukan yang besar umpama gunung. Pasukannya terdiri dari kalangan tentera Romawi, Georgia dan Perancis. Jumlah mereka begitu ramai dengan senjata yang begitu lengkap. Dalam pasukan itu, terdapat 35 orang panglima perang. Di bawah seorang panglima, terdapat 1,000 orang penunggang kuda"
"Pasukan yang datang dari Perancis berjumlah 35,000 orang. Manakala pasukan yang berada di Konstantinopel berjumpah 15,000 orang. Turut mengirinya ialah 100,000 orang pemain seruling dan penggali lubang. 1,000 kuda kerja, 400 gerabak pengangkut kasut dan paku dan 1,000 gerabak lain yang mengangkut senjata, lampu dan manjanik"
Alp Arslan sendiri merasa gentar melihat pasukan Romawi yang begitu ramai. Melihat keadaan ini, Ulama yang bernama Muhammad bin Abdul Malik al-Bukhari menasihatinya agar melancarkan perang pada hari Jumaat sewaktu tergelincir matahari dengan tibanya waktu Zuhur. Ini kerana pada waktu tersebut para khatib sedang mendoakan kemenangan kaum Muslimin di serata pelusuk negara umat Islam. Apabila tiba waktunya dan kuda pasukan saling berhadapan, Alp Arslan turun dari kudanya dan bersujud di atas tanah, berdoa agar diberi kemenangan.
Lantas beliau menyeru ke arah tenteranya :
"Kita adalah kelompok yang sedikit bilangnya, aku mahu mencampakkan diriku di tengah-tengah pasukan mereka sewaktu seluruh kaum Muslimin mendoakan kita di atas mimbar-mimbar samada aku mencapai tujuanku atau aku akan mati syahid lalu berangkat ke syurga. Sesiapa di kalangan kamu ingin mengikutiku, maka ikutlah aku"
"Siapa yang ingin berundur, maka pilihlah untuk dirinya kerana di sini tiada lagi raja yang memberi perintah dan tidak ada tentera yang menerima perintah. Kerana aku pada hari ni adalah sebahagian daripada kamu, aku berperang bersama kamu semua. Sesiapa yang bersamaku, mescaya Allah akan kurniakan kepadanya, samada jannah atau ghanimah (syurga atau rampasan perang). Siapa yang berundur nescaya ditimpakan azab neraka dan juga kehinaan"
Para tenteranya menjawab :
"Apa sahaja yang kamu perintahkan nescaya kami akan ikuti dan kami membantumu"
Lalu beliau segera melepaskan pakaian kebesarannya dan mengambil busur, anak panah serta pedangnya menuju ke medan perang. Beliau sendiri yang memasang pelana kudanya tanpa bantuan orang lain dan mengenakan pakaian berwarna putih, siap masuk ke medan perang seraya berkata "
"Seandainya aku terbunuh pada hari ini, inilah kain kafanku!"
Akhirnya perang mula meletus dengan serangan dari kedua belah pihak. Tentera Alp Arslan telah membunuh ramai tentera Romawi. Diceritakan tentera Romawi yang terbunuh seramai 110,000 orang manakala 40,000 orang yang ditawan termasuklah Kaisar sendiri berjaya ditawan oleh seorang pemuda (hamba) yang berasal dari negaranya sendiri.
Rujukan:-
- Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
No comments:
Post a Comment