LATAR BELAKANG
- Sultan Mehmed I dilahirkan di Kota Edirne pada tahun 1389
- Memiliki tubuh yang sederhana, tidak terlalu tinggi, mempunyai wajah yang bujur, kulit yang cerah dan cantik serta berdada bidang
- Seorang yang amat bertenaga dan berani
- Seorang pemanah yang cekap dan selalu menjuarai latihan gusti
- Sering memakai jubah yang lengkap dengan sarik (serban)
- Beliau telah menyertau hampir 24 buah pertempuran dan mengalami lebih 40 kecederaan yang teruk
- Beliau adalah seorang ahli politik yang bijak
- Dilantik sebagai gabenor di Amasya setelah beliau menamatkan pengajiannya di Istana Bursa
- Sepanjang tugasannya di sana, beliau telah memantapkan kemahirannya dalam selok belok pentadbiran
- Berjaya menyatukan kelompok-kelompok yang berpecah-belah di Wilayah Anatolia
- Berjaya menghentikan segala kekacauan dan huru hara yang berlaku selepas serangan ganas Tamarlane dan kematian bapanya
- Beliau juga menunaikan hak penganut Islam dan Kristian dengan penuh keadilan
- Namanya tercatat sebagai "Pengasas Kedua Kerajaan Uthmaniyah" di dalam tinta sejarah empayar dunia
ERA PERALIHAN
- Selepas pertempuran di Ankara, Kerajaan Uthmaniyah Turki yang berpusat di Anatolia menjadi kucar-kacir.
- Para putera Beyazid I mula berebut takhta selepas kemangkatan beliau.
- Mehmed dan Musa Celebi membuat pakatan sesama mereka dan berjaya membunuh Isa
- Mehmed mengutuskan musa untuk menentang abangnya, Suleyman di Edirne.
- Musa berjaya menghapuskan Suleyman lalu menakluk Kota Edirne pada tahun 1411, tidak lagi berpegang pada janjinya dengan Mehmed
- Musa Celebi telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan dan pemerintah Edirne
- Pada tahun 1413, Mehmed mengumpulkan segala kekuatan untuk menghapuskan Musa dan beliau berjaya mengalahkannya.
PEREBUTAN WILAYAH ANATOLIA
- Mehmed I berhempas pulas menyatukan semula seluruh suku kaum turki dan berusaha mengembalikan kestabilan politik dalam Kerajaan Uthmaniyah
- Selepas itu, baru beliau mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan empayar baru Kerajaan Uthmaniyah
- Malangnya, sepanjang kekacauan dan perebutan tersebut berlaku, mereka kehilangan terlalu banyak wilayah jajahan di sekitar Anatolia.
- Ini membuatkan Mehmed dengan pantas memulakan perancangan untuk mengambil alih semula wilayah jajahan itu.
- Pada tahun 1414, beliau mula menaklutki Izmir dari tangan Aydinoglu Cuneyd
- Wilayah lain seperti Saruhan dan Menteseoglu juga digabungkan ke dalam jajahan Kerajaan Uthmaniyah
- Misi ketenteraan diatur dan dirancang semula bagi menentang kumpulan di Karamanogullari yang telah menyerang Bursa.
- Akhirnya, Karamanogullari memohon keampunan dari Mehmed dan Mehmed menerimanya serta memberikan kelonggaran kepadanya untuk menetap di wilayah pemerintahannya.
- Wilayah Candarogullari yang berpecah sepanjang era kekacauan itu juga berjaya digabungkan semula
MISI KETENTERAAN DI RUMELIYA
- Selepas semua kejayaan ini, Mehmed kembali semula ke Rumeliya, Bulgeria
- Pemerintahan Wallachia yang melihat keupayaan ini, mengambil kesempatan melancarkan serangan kerana tidak bersetuju dengan cukai tahunan yang bakal dikenakan semula
- Namun, serangan yang cuba dilakukan itu berjaya dipatahkan oleh tentera Mehmed
- Selepas kejayaannya mengembalikan pengaruh dan kuasanya di kawasan penting sekitar wilayah Turki, Mehmed segera membaik pulih kekuatan angkatan perang darat dan laut Uthmaniyah.
- Kemusnahan pasukan tentera dan perolakan politik yang berlangsung sejak kekalahan di tangan Tamarlane, telah membuatkan Mehmed cuba membangunkan kembali kegemilangan pasukan tenteranya seperti yang pernah dilaksanakan oleh bapanya semasa pemerintahan beliau dahulu
PEMBERONTAKAN SYEIKH BEDRETTIN
- Selepas Mehmed berjaya menggabungkan Anatolia dan Rumeliya, beliau terpaksa menghadapi dua pemberontakan iaitu salah satunya diketuai oleh Syeikh Bedrettin dan satu lagi diketuai oleh Duzmece Mustafa
- mempunyai kedudukan di arena keilmuan sekitar Bursa, Konya dan Kaherah
- pernah menjawat jawatan sebagai hakim tentera bagi angkatan tentera yang dikuasai oleh adik sultan Mehmed iaitu Musa Celebi
- selepas kematian Musa Celebi, kumpulan penyokong kuatnya diarahkan berkumpul di Iznik dan dipaksa tinggal di sana
- Syeikh Bedrettin dan rakannya yang lain seperti Torlak Kemal dan Borkluce Mustafa telah berjanji dan berpakat untuk bersatu dalam sebuah kumpulan di Iznik
- Namun tidak lama kemudian, beliau telah melarikan diri dan membawa idea baru
- Mereka memulakan kempen menghasut rakyat dan menyemarakkan semangat mereka dengan propaganda bagi menegakkan keadilan dan hak sama rata di kalangan umat Islam dan Kristian
- Ideologi yang ingin dikembangkan oleh mereka hampir sama dengan ideologi yang cuba dibawa oleh pihak sosialis pada masa kini
- Syeikh Bedrettin telah datang ke Deliosman dan memulakan kemoen penentangan mereka.
- Manakala Borkluce Mustafa memainkan peranannya di bahagian Izmir
- Torlak Kamal pula mengembangkan ideologi mereka di Manisa
- Ketiga-ketiga mereka mengajak semua rakyat Turki melakukan pemberontakan
- Mehmed segera melancarkan serangan ke daerah Izmir dan Manisa serta berjaya memadamkan pemberontakan itu
- Syeikh Bedrettin pula telah ditangkap dan dibicarakan di Serrai dalam Wilayah Macedonia (yang ditadbir Greece kini) dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 1418.
KEMANGKATANNYA
- Sultan Mehmed Celebi meninggal dunia di Edirne pada tahun 1421 ketika usianya 43 tahun
- Kemangkatannya disembunyikan dari pengetahuan angkatan tentera dan rakyatnya sendiri atas pakatan dua menterinya iaitu Beyazid dan Ibrahim
- Ini kerana sebelum mangkat, Mehmed telah mewasiatkan supaya anaknya, Murad menjadi penggantinya sedangkan Murad ketika itu sedang menjalankan tugas ketenteraan di Amasya
- Mereka berusaha mengutuskan surat kepada Murad melalui pegawai yang paling dipercayai bagi memberitahu keadaan ayahandanya yang sedang sakit tenat
- Setelah menerima khabar itu, Murad segera pulang ke Edirne.
- Namun beliau hanya berjaya sampai ke Edirne selepas 41 hari kemangkatan bapanya.
- Sebaik sahaja tiba, beliau terus ditabalkan sebagai Sultan Kerajaan Uthmaniyah
- Jenazah Mehmed dikebumikan di Yesil Turbe yang bermaksud Pemakaman Hijau di wilayah Bursa
Rujukan:-
- Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
No comments:
Post a Comment