Wednesday, 10 February 2016

ASAL USUL KERAJAAN UTHMANIYAH

SEJARAH AWAL PEMBENTUKAN KHALIFAH UTHMANIYAH

Daripada Buku Ikhtisar Perkembangan Islam - Haji Dusuki Haji Ahmad

Pada pertengahan abad ke-13, Turki Uthmaniyah adalah salah satu kabilah kecil dalam kabilah Turkmen di Asia Tengah yang sering berpindah randah di sekitar Kurdistan dan bekerja sebagai petani dan pengembala. akibat serangan tentera Monggol ke wilayah Iraq dan wilayah Asia Kecil, Sulaimen iaitu datu kepada Osman telah berhijrah pada tahun 1220 ke kawasan yang jauh dari ancaman tersebut. Beliau dan kabilanya berpindah meninggalkan Kurdistan menuju Anatolia dan tinggal di sana.


Sulaimen menginggal dunia pada tahun 1230 dan digantikan oleh salah seorang puteranya yang bernama Ertoghrul. Mereka terus berpindah(nomad) dari satu tempat ke satu tempat yang lain selain sehingga ke barat laut Anatolia. Lebih kurang 100 buah keluarga turut bersamanya dan lebih 400 orang penunggang kuda mengawal mereka.

Semasa perpindahan itu, mereka bertembung dengan satu pertempuran yang sedang meletus. beliau melihat pertempuran itu dengan jelas dan mengambil tindakan mendekati tempat kejadian. beliau mendapati satu pertempuran sengit berlaku di antara tentera Islam dengan tentera Kristian Byzantin yang semakin hampir memenangi pertempuran tersebut.

Melihat situasi itu, Ertoghrul bersama pasukan berkudanya menghulurkan bantuan bagi melindungi tentera muslimin. Bantuan itu menyebabkan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Sebaik sahaja pertempuran itu selesai, panglima pasukan Seljuk yang dipimpin oleh Sultan 'Alauddin III memberikan penghargaan kepada mereka.


Beliau menganugerahkan sebidang tanah di sempadan barat Anatolia yang begitu hampir dengan sempadan Romawi. Beliau turut diberikan sokongan dan bantuan untuk menakluk wilayah yang berada di bawah kekuasaan Byzantin. Pakatan antara pihak Seljuk dan kabilah baru itu terjalin erat kerana wujudnya satu musuh yang diperangi bersama. Persahabatan itu terus terjalin sepanjang hayat Ertoghrul.


Ertoghrul mangkat pada tahun 1299 dan digantikan oleh anaknya yang bernama Osman.


Bermula daripada Osman inilah maka secara perlahan-lahan beliau dan keturunannya melakukan penaklukan ke daerah kekuasaan Seljuk sehingga sebelum akhir abad yang ke-14 semua negara lainnya diserap oleh Kerajaan Uthmaniyah. Beliau telah melancarkan perang di tengah-tengah Eropah dengan membawa panji-panji Islam ke sana dan beberapa bahagian Itali.






Warna Kuning : Negara taklukan Kerajaan Uthmaniyah



NEGARA TURKI


Negara Turki Sekarang yang dahulunya diperintah oleh Kerajaan Uthmaniyah

Turki adalah bumi dua benua. Satu kakinya berdiri di benua Eropah dan satu lagi berdiri di benua Asia.

Eropah            : 3% bersamaan 24,378 km persegi
Asia                 : 97% bersamaan 790,200 km persegi


Negara Turki menjadi sebagai jejambat atau jambatan yang menghubungkan antara dunia Timur dan dunia Barat.
Suhunya sederhana sejuk sama seperti suhu atau iklim Negara-negara Eropah juga.
Penduduk memiliki  warna kulit yang putih dan mempunyai wajah seperti manusia Eropah.

PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM TURKI

Daripada Buku Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan


Dengan kesemua 37 orang Khalifah Dinasti Uthmaniyyah Turki itu, masa pemerintahan mereka tidaklah sama. Bahkan ada yang cuma memerintah selama beberapa bulan sahaja. Manakala yang paling lama memerintah sehingga jangka masa hampir 59 tahun. Peribadi khalifah pula bermacam-macam. Ada yang salih, alim dan wara' dan ada pula yang melampiaskan hawa nafsu sepuas-puasnya. Tetapi hampir separuh daripadanya adalah pahlawan-pahlawan yang gagah di medan perang.

Telah lama bermula sejak zaman permulaan atau keagongan pemerintahan Dinasti Bani Abbassiyyah. (132-749 Hijrah/656-1258 Masehi).
Mereka merupakan kumpulan sokongan yag menguasai pemerintahan dan mewarnai corak pemerintahan Kerajaan Bani Abbassiyyah khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’tasim yang ke lapan Kerajaan Bani Abbassiyyah.

Zaman menjadi tuan dan pemerintahan Khalifah-Khalifah Kerajaan Dinasti Uthmniyyah Turki yang berasal dari keturunan Uthman Bin Ertoghrul bin Sulaiman Syah merupakan pengasas.

Khalifah         : Seramai 36/37 orang
Masa               : 625 Tahun (698-1341 Hijrah/ 1299-1924 Masehi)


Walaupun  Kerajaan Bani Abbassiyyah dianggap teguh dan kukuh, khalifah mereka dianggap lemah bermula daripada Khalifah al-Wathiq, khalifah ke sembilan. Walau bagaimanapun pentadbiran khalifah ini, kekuatan terletak pada para pembesar kerajaan yang menguasai pentadbiran. Cuma khalifah sahaja yang lemah seperti boneka.

Zaman Khalifah Uthmaniyah, mereka memerintah  dengan kuasa penuh di tangan bukan menjadi boneka  kepada orang lain.

Kemunculan dan tegaknya kerajaan Uthmaniyah Turki bukanlah bersinambungan setelah tumbangnya kerajaan bani Abbassiyyah, tetapi memakan masa yang lama untuk muncul dan berdiri.

Ketika Kerajaan Bani Abbassiyyah tumbang, Kota Baghdad telah dikuasi oleh kaum Tartar atau Monggol yang menyerang dan membinasakan kerajaan tersebut.

Mereka membunuh khalifah dan penyokong Kerajaan Bani Abbassiyyah, membinasakan kitab-kitab agama dan meperkosa wanita.

Pada masa itu, orang Turki yang memerintah Kerajaan Bani Abbassiyyah yang berpusat di Kota Baghdad telah mengumpul kekuatan untuk menghadapi kaum Monggol. Peperangan berlaku diantara orang Turki dan Tentera Monggol.

Orang Turki dan Monggol adalah berani, bijak, gagah perkasa. Semua kaum menyusun kaum masing-masing untuk melawan kaum Tartar yang diperintah oleh Raja Tartar (Hulagu Khan) yang merupakan ketua pasukan tentera monggol. Raja Tartar telah menyerang dan memusnahkan kota Bahgdad yang beragama Islam dan perang tersebut bertukar menjadi perang saudara kerana masing-masing rebut kuasa pemerintahan sesame islam.

Dengan itu pertumpahan darah sesama kaum Muslimin terus berlaku sehinggalah ayah kepada Khalifah Uthman I iaitu Ertoghrul Bin Sulaiman Syah berjaya membina tapak kerajaan orang-orang Turki suku Qayi di barat Negara Anatolia (Negara Turki sekarang).


Rujukan:-

  1. Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
  2. Ikhtisar Perkembangan Islam - Haji Dusuki Haji Ahmad
  3. Fakor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniyah - Dr. Ali Muhammad                                                                                                                          As-Solabi
  4. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
  5. Sejarah Tingkatan 4 (Buku Teks) -  Nik Hassan, Muhd Yusuf, Muhammad Bukhari

1 comment: