LATAR BELAKANG
- Sultan Mehmed II dilahirkan di Edirne pada 19 April 1429
- beliau seorang yang berbadan tegap, tinggi dan sasa
- Beliau sangat mencintai tanah airnya dan selalu memimpin angkatan tenteranya
- Beliau juga amat meminati bidang sains, falsafah, kesusasteraan, kesenian, kejuruteraan dan pembinaan
- Beliau pernah menuntut ilmu dari seorang tokoh ulama terkenal Turki bernama Ak Semsettin
- Beliau sangat pintar dan mampu bertutur dengan fasih dalam 7 bahasa iaitu Turki, Greek, Yahudi, Arab, Parsi dan Latin
- Pada usia 20 tahun, beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya yang mangkat
- Beliau digelar Si penakluk atau al-fateh selepas berjaya menakluk benteng Kota Istanbul pada 29 Mei 1453
- Sultan Mehmed telah menukar nama Konstantinopel kepada 'Islam Bol' yang bermaksud 'Bandar Islam' tetapi kini lebih dikenali sebagai Istanbul
- Antara kawasan yang berjaya ditakluk semula oleh Sultan Mehmed II ialah Serbia, Greece, Trezibizond, Wallachia, Bosnia, Karaman, Albania dan beberapa buah daerah di Venice dan Genoa
- Sultan Mehmed II memerintah kerajaan Uthmaniyyah selama 30 tahun dan terlibat dalam 25 misi ketenteraan yang dipimpinnya sendiri
KRONOLOGI PERCUBAAN PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL
- Istanbul diasaskan pada tahun 330 oleh Maharaja Byzantine iaitu Constantine I. Ia terletak antara 2 benua iaitu Eropah dan Asia
- Bandar itu berada yang paling strategik iaitu di laluan terpenting antara 2 laluan dagangan yang utama ketika itu
- Istanbul dikelilingi lautan dari 3 penjuru iaitu selat Bosphorus, Laut marmara dan Perairan Tanjung Emas
- Usaha pertama pada tahun 34 H atau 654 M sewaktu pemerintahan Ali bin Abu Thalib. Usaha itu dilakukan oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Malangnya usaha itu gagal dan seorang sahabat Rasulullah yang menyertai misi tersebut iaitu Abu Ayyub al-Ansari telah syahid
- Kemudian anak Muawiyah iaitu Yazid bin Muawiyah turut melakukan usaha yang sama dengan mengepung kota itu pada tahun 48 H atau 667 M
- Pada tahun 52 H atau 672 M pengepungan di teruskan atas arahan Muawiyah tetapi turut menemui kegagalan
- Ketika pemerintahan Umar bin Abd al-Aziz, beliau mengarahkan Malamah mengepung dan menawan kota itu pada tahun 97 H atau 715 M manakala sewaktu zaman Suleyman bin Abdul Malik, kerajaan Umayyah menyediakan pasukan terhandal pada tahun 98 H tetapi turut menemui jalan buntu
- Usaha diteruskan oleh Hisyam al-Umawi, salah seorang khalifah kerajaan Umayyah pada tahun 121 H atau 739 Mdan disambung pula oleh Harun al-Rasyid al-Abbasiy pada tahun 182H atau 798 M tetapi kedua-duanya gagal
PERSEDIAAN
- Sultan Mehmed II segera mengarahkan persiapan serangan dan pengepungan ke atas konstantinopel dilakukan. Para jurutera terhebat dan terkenal di zamannya dipanggil menghadap. Antaranya ialah jurutera dan pakar peperangan tentera Turki ketika itu yang bernama Muslih al-Din dan Saruca Sekban. Mereka diarahkan mencipta meriam
- Di sebelah Benua Eropah terdapat satu laluan Selat Bosphorus yang agak sempit terletak sekitar 5 batu dari tembok Konstantinopel
- Sultan Mehmed II telah membina sebuah benteng pertahanan dikenali sebagai Kota Rumeli. Kota itu berperanan besar mengawal lalu lintas di selat tersebut
- Sepanjang persediaan untuk mengepung Konstantinopel, perjanjian damai dengan kerajaan Wallachia dan Serbia telah dimeterai dengan beberapa syarat.
- Perjanjian damai Hungary dan Galata yang berjiran dengan Byzantin juga turut ditandatangani. Ini adalah strategi penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada satu musuh tanpa sebarang ancaman luar jangkaan
- Mereka turut membaiki semula beberapa bahagian dinding dan tembok kota bagi mengukuhkannya dari serangan tentera Uthmaniyyah
- Maharaha Constantine semakin gelisah apabila mendengar berita pembinaan benteng oleh pihak Uthamniyyah. Beliau segera meminta bantuan dari pihak Kristian, teteapi Pope ketika itu sedang menghadapi kemelut untuk menyatukan semula fahaman Kristian dari Mazhab Ortodok dan Mazhab katolik.
PENGEPUNGAN DAN PEPERANGAN
- Selepas membuat persediaan dengan teliti, Sultan Muhammad al-Fateh tiba di hadapan kota Konstantinopel pada hari Khamis, 26 Rabiulawal 857 atau 6 April 1453
- Sultan Mehmed II menyusun dan membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan
- Kumpulan pertama berperanan mengepung kota yang mengelilingi Konstantinopel supaya tiada sebarang bantuan tiba
- Kumpulan kedua adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan
- Kumpulan ketiga mengendalikan 14 buah meriam besar yang dihalakan kearah kota itu
- Pasukan pengawal diletakkan dibeberapa kawasan strategik seperti kawasan bukit sekitar Konstantinopel
- 180 buah kapal laut Uthmaniyah diletakkan disekitar perairan mengelilingi kota. Malangnya kapal-kapal itu gagal memasuki perairan Tanjung Emas kerana satu rantai besi besar
- Sejak hari pertama serangan, tentera Byzantin berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyah tetapi serangan strategik Uthmaniyah berjaya mematahkan halangan itu sedikit demi sedikit ditambah pula dengan meriam di setiap sudut
- Bunyi meriam yang sangat kuat menimbulkan perasaan gementar yang amat sangat kepada penduduk Konstantinopel sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan
PERJANJIAN AL-FATEH DENGAN MAHARAJA BYZANTIN
- Maharaja Constantine berusaha melemahkan semangat al-Fateh. Pelbagai bentuk hadiah dan tawaran dikemukan bagi menyelamatkan takhta dan kerajaannya tetapi Sultan Mehmed tidak menerimanya malah meminta benteng Konstantinopel diserahkan secara aman
- Kepungan tentera Uthmaniyah masih belum berjaya sepenuhnya kerana dihalang oleh rantai besi raksasa
- Pada masa yang sama, tentera Uthmaniyah terus melancarkan serangan demi serangan sehingga berjaya memecah benteng di Lembah Lycos pada 18 April 1453
- Tentera Byzantin berusaha sedaya upaya mempertahankan bahagian itu dari serangan. Pada hari yang sama dari arah laut, beberapa buah angkatan laut Uthmaniyah cuba melepasi rantai besi gergasi tetapi malangnya gabungan tentera laut Byzantin dan bantuan kapal perang Eropah berjaya menangkis serangan itu dan berjaya memusnahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyah
- Dua hari selepas serangan itu, sekali lagi serangan laut dilancarkan kedua belah pihak. Bantuan kapal perang dari kerajaan Genoa tiba bagi membantu pihak Byzantin dipimpin Justiniani.
- Bantuan dari Genoa berjayab melepasi angkatan laut Uthmaniyah. Kegagalan itu menyebabkan Sultan Mehmed terlalu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasa
KEAJAIBAN TENTERA UTHMANIYAH
- Satu-satunya penghalang bagi pengepungan itu ialah rantai besi raksasa Tanjung Emas
- Akhirnya Sultan Mehmed II menemui satu kaedah luar biasa bagi membawa kapalnya masuk ke perairan itu
- Beliau memanggil semua panglima tenteranya dan mencadangkan supaya mereka membawa masuk kapal-kapal itu ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat
- Pada malam itu juga, tentera Uthmaniyah telah berusaha memindahkan 70 buah kapal perang dari persisir pantai Besiktas ke Galata
- Mereka melalui sebuah bukit yang tinggi dengan jarak melebihi 6 batu atau 9.6 kilometer
- Pada awal pagi itu, penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan takbir tentera Uthmaniyah di Tanjung Emas
- Maharaja Constantine mengadakan mesyuarat tergempar dengan para pemimpin atasannya bagi merancang strategi seterusnya tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat
- Antara cadangan tersebut ialah mereka meminta Maharaja Constantine sendiri pergi mendapatkan bantuan dari pihak Kristian di Eropah tetapi beliau menolak cadangan tersebut
- Sultan Mehmed al-Fateh bertambah yakin bahawa kemenangan semakin hamper
- Beliau sekali lagi menghantar utusan damai meminta Constantine menyerahkan Konstantinopel secara aman tetapi Constantine tetap mahu mempertahankan kota itu
- Sultan Mehmed terus membincangkan strategi seterusnya bersama para panglima tenteranya. Akhirnya beliau memutuskan untuk meneruskan pengepungan kota itu
HARI KEMENANGAN
- Pada 27 Mei 1453, Sultan Mehmed bersama tenteranya telah bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran ke atas benteng Konstantinopel
- Pada malam Selasa 20 Jamadil Awal 857 bersamaan 29 Mei 1453, serangan pertama dilancarkan. Selepas subuh, perrintah untuk menyerang dikeluarkan. Tentera Uthmaniyah yang berjumlah 150,000 orang menyerang dengan memanjat segenap penjuru benteng
- Akhirnya mereka berjaya menembusi Konstantinopel dan terus mengibarkan panji-panji kerajaan Uthmaniyah di puncak kota
- Maharaja Constantine merasa putus asa untuk terus bertahan lalu menanggalkan pakaian mahalnya supaya tidak dikenali musuh. Namun, akhirnya beliau turut terbunuh dalam serangan itu
- Kematian Constantine menjadikan tentera salib Byzantin semakin kucar kacir
- Pada hari itu, majority penduduk Konstantinopel bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota
- Sultan Mehmed berpesan supaya menunjukkan akhlak yang baik kepada penduduk Konstantinopel dan tidak melakukan sebarang kemusnahan atau pembunuhan
- Beliau kemudian menuju ke gereja Aya Sofya. Ketakutan yang terbayang di wajah masing-masing bertukar ceria apabila Sultan Mehmed meminta mereka bertenang dan menjanjikan keamanan
- Selepas itu, Sultan Mehmed mengarahkan supaya gereja itu ditukar menjadi masjid dan beliau bersama tenteranya mendirikan solat asar di situ
- Para pekerja juga bertungkus lumus menanggalkan palang salib, patung dan gambar-gambar yang terdapat dalam gereja itu. Pada hari jumaat itu, Sultan Mehmed bersama kaum muslimin telah mendirikan solat jumaat di masjid Aya Sofya. Khutbah pertama di masjid Aya Sofya telah disampaikan oleh Syeikh Ak Semsettin
- Bagi meraikan kejayaan itu, Sultan Mehmed II mengutuskan perkhabaran gembiran mengenai penawanan Konstantinopel kepada semua kerajaan Islam yang ada pada ketika itu
- Kejayaan itu menamatkan penguasaan Empayar Byzantin yang menjangkau 1125 tahun. Sultan menjadikan Konstantinopel sebagai ibu Negara ketiga kerajaan Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne sehingga kini
PENTADBIRAN DAN PENYUSUNAN
- Selepas penaklukan Istanbul, Sultan Mehmed mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Byzantin
- Peraturan bertulis pertama yang diwujudkan telah diberi nama Kanunname-I Ali Osman (Undang-Undang Kerajaan Uthmaniyah)
- Beliau memberikan hak kepada Perdana Menterinya bagi menyusun atur dewan perundangannya sendiri (Divan)
- Sultan Mehmed adalah pemerintah Uthmaniyah pertama yang menulis perundangan berkaitan jenayah dan pentadbiran sebelum Sultan Suleyman Kanuni
- Beliau menjemput para ilmuan Islam ke Turki dan menempatkan di masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian yang dibina dengan pesat di Istanbul
- Beliau juga mewujudkan beberapa unit jawatan penting seperti defterdar (kementerian kewangan) dan kaziasker (ketua hakim ketenteraan)
KEMANGKATANNYA
- Sultan Mehmed II mangkat pada 3 Mei 1481 kerana diracun oleh doktor peribadinya di kota Hunkarcayiri berdekatan Gebze
- Beliau dikebumikan di pemakaman Fateh Turbesi berdekatan Masjid Fateh di Kota Istanbul
- Antara kesungguhan beliau yang jarang terdapat pada pemimpin lain ialah beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat tahajud dan solat sunat rawatib
KEJURUTERAAN
- Sultan Mehmed cukup pintar dalam hal ehwal pentadbiran dan politik
- Sepanjang pemerintahannya, kerajaan Uthmaniyah memasuki era perubahan dan pembangunan
- Lebih 300 buah masjid,57 buah university (medrese), 59 tempat mandian awam, 29 buah pasar tertutup (edesten), berpuluh-puluh buah pusat kerajaan, benteng kota, pusat perhentian pengembara dan jambatan telah dibina
- Jambatan Sultan Mehmed Fateh juga dinamakan sempena namanya
- Di Istanbul sahaja, beliau menukar 8 buah gereja yang ditinggalkan menjadi masjid, salah sebuah masjid yang cukup terkenal sehingga kini ialah Hagia Sophia (Ayasofya). Masjid Eyup atau lebih dikenali sebagai Eyup Camii dan Fateh Camii pula adalah 2 buah masjid yang sangat tersohor di Turki
- Pada tahun 1470, kompleks Fateh Kulliyesi atau Universiti Fateh siap dibina. Bangunan ini menempatkan kelas-kelas pengajian, masjid, hospital, pusat pesakit mental dan sebagainya
- Sebuah pasar terkemuka yang dikenali sebagai Kapali Carsi (pasar tertutup) telah dibina dan menjadi pusat dagangan yang begitu penting di era tersebut
- Istana Topkapi juga kekal sehingga kini dan menjadi antara lokasi penting untuk dilawati
Rujukan:-
- Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
r
No comments:
Post a Comment