LATAR BELAKANG
- Sultan Murad II digelar sebagai Sultan Murad al-Gazi
- Lahir pada tahun 1402
- Ayahandanya : Celebih Mehmed I (Mehmed I)
- Bondanya : Emine Sultana atau Emine Hatun
- Berasal dari wilayah Dulkadirogullari
- Sifat fizikal : Bertubuh tunggi, berkulit cerah, berhidung mancung dan raut wajah yang taman
- Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Amasya
- Menaiki takhta ketika usianya baru mencecah 19 tahin
- Seorang pemidato yang bijak menyusn setiap perkataannya
- Mempunyai karier yang cemerlang iaitu Sultan Mehmed (Penakluk)
- Pada dasarnya Murad II amat cintakan perdamaian
- Beliau suka hidap dalam suasana yang sederhana dan tidak terlalu mewah
- Namun, pertempuran dan serangan pihak musuh yang sentiasa mengancam kedaulatan wilayah Uthmaniyah membuatkan beliau sering terlibat dalam siri peperangan yang berterusan sepanjang hidupnya
- Seorang yang tegas dan berani
- Seorang tentera yang cukup lasak
- Berjaya memerintah negaranya dengan penuh kecemerlangan dan kehebatan selama 30 tahun
- Beliau amat dicintai oleh rakyat yang bernaung di bawah pemerintahannya
- Itu semua kerana beliau begitu ikhlas, adil, bersederhana dan sering memudahkan urusan rakyat bawahan
PEMBERONTAKAN DUZMECE MUSTAFA
- Selepas pertempuran di Ankara, muncul Mustafa Celebi yang statusnya diragui
- Sebahagian sejarawan menyatakan beliau adalah anak Beyazid I yang khianat
- Ada pula yang menyatakan beliau adalah rakyat biasa yang tamakkan kuasa
- Namun, pendapat yang mengatakan Mustafa berketurunan Beyazid adalah lebih kuat
- Mustafa Celebi turut dikenali sebagau Duzmece Mustafa
- Beliau menuju ke Samarkand bersama-sama Tamarlane selepas peperangan itu
- Selepas kematian Tamarlane pada tahun 1405, Mustafa kembali ke Anatolia
- Beliau merancang untuk menaiki takhta dengan menghapusan Mehmed Celebih
- Bagi mencapai matlamat itu, beliau bekerjasama dengan pemerintah Wallachia dan pemberontakan mereka dimulakan di wilayah Theessalonki (Greece)
- Pemberontakan itu berjaua dipatahkan oleh Mehmed dengan mudah
- Selepas itu, Mustafa melarikan diri dengan meminta suaka politik dari kerajaan Byzantin
- Pemerintah Byzantinyang merasa tergugat dengan keadaan itu, pada mulanya telah menolak permohonan Mustafa itu
- Tetapi Sultan Mehmed yang mengetahui situasi itu memberikan wang kepada Byzantin supaya mengurung Mustafa di sana
- Empayar Byzantin menyemarakkan hasutan kepada Mustafa Celebi bin Byazid (Duzmece Mustafa) supaya merampas kuasa kerajaan dan menaiki takhta
- Mereka cuba mengambil kesempatan atas cara Sultan Murad OO yang bersikap sederhana dan amat bertoleransi semasa pemerintahannya
- Perjanjian damai yang dimeterai oleh Murad II dengan pemerintah Karman serta perjanjian gencatan senjata selama 5 tahun dengan Raja Hungary telah membuatkan Emmanuel II yang menjadi pemerintah Byzantin ketika itu turut meminta beberapa syarat kepada Murad II
- Beliau menetapkan beberapa syarat kepada Murad II
- Antaranya tentera Uthmaniyah tidak akan menyerang Byzantin sehingga bila-bila
- Beliau juga meinta supaya Uthmaniyah membebaskan 2 orang saudaranya yang ditahan di penjara Uthmaniyah sebagai jaminan pembuktian pelaksanaan perjanjian damai itu
- Beliau turut mengancam jika Uthmaniyah tidak menerima syarat itu, mereka akan membebaskan Duzmece Mustafa
- Pihak Uthmaniyah tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan itu
- Ini membuatkan mereka membebaskan Mustafa Celebi, bapa saudara Sultan Murad II
- Mustafa Celebi memainkan peranan penting atas sokongan Byzantin
- Beliau cuba mencetuskan perang saudara dan mengambil kesempatan terhadap situasi tidah menentu di beberapa wilayah berhampiran
- Pembebsan Mustafa diiringi oleh beberapa buah kapal perang yang diketuai oleh pegawai tentera Byzantin bernama Demitrius
- Akibatnya beberapa wilayah Turki di kawasan Anatolia jatuh ke tangan mereka dan pihak tenteranya mula memberikan sokongan padu kepada Mustafa Celebi
- Dalam satu pertempuran dengan tentera Sultan Murad, pasukan pemberontak di bawah perintah Mustafa Celebi berjaya menewaskan tentera Sultan
- Beliau dengan segera mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah di Wilayah Edirne
- Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, beliau berjaya ditangkap oleh tentera Uthmaniyah di kawasan Ulubat dan dijatuhkan hukuman mati
- Murad II telah membentuk satu jawatankuasa ketenteraan untuk misi menyerang yang dipanggil Azeb pada tahun 1421
- Kelompok ini mara menuju ke wilayah naungan empayar Byzantin yang menjadi teraju utama dalam menghasut rakyat agar tercetusnya pemberontakan yang berjaya menimbulkan kekacauan di wilayah Uthmaniyah
- Bahkan pihak Byzantin juga memainkan peranan utama dalam memberikan dana sokongan terhadap para pemberontak yang diketuai oleh Mustafa Celebi
- Sebagai tindak balas atas perbuatan tersebut, misi ketenteraan yang baru dibentuk oleh Sultan Murad mengepung Konstantinopel bagi meyekat pengaruh dan ancamannya terhadap Kerajaan Uthmaniyah
MEREBUT SEMULA WILAYAH ANATOLIA
- Sepanjang pengepungan kota Konstantinopel, Murad II diberitahu adik kandungnya, Mustafa yang baru berusia 13 tahun telah mencetuskan pemberontakan
- Adiknya juga itu berusaha mengepung kota Bursa dengan bantuan pihak Byzantin dan dorongan dari beberapa orang pembesar wilayah Anatolia
- Ini membuatkan Sultan Murad OO meninggalkan Konstantinopel dan pulang ke Anatolia bagi mengekang pemberontakan itu
- Mustafa pula ditangkap dan dijatuhi hukuman mati
- Murad II berjaya menemui jalan penyelesaian bagi mengekang semua pemberontakan di sekitar wilayah
- Anatolia dengan menggabungkan mereka dalam satu wilayah pentadbiran
- Daerah-daerah itu ialah Aydin, Mentese, Teke dan Germian
- Pada tahin 1428, pemerintah wilayah Kerman meninggal dunia tanpa meninggalkan waris bagi meneruskan pemerintahannya
- Namun, beliau mewasiatkan supaya wilayah itu diserahkan kepada Sultan Murad II dan digabungkan semula padanya setelah sekian lama dipecahkan oleh Tamarlane
- Penggabungan wilayah-wilayah ini membuka ruang kepada Sultan Murad II bagi untuk menumpukan semula misi penjelajahan dan pengusaan di sekitar wilayah Eropah yang telah lama tergendala sejak zaman Sultan Beyazid I
GERAKAN DI RUMELIYA, BULGARIA
- Sultan Murad II melaksanakan misi ketenteraan ke Serbia
- Beliau cuba meminta semula bayaran cukai tahunan daripada Raja Serbia ketika itu iaitu George Brankovic
- Raja Serbia turut dikenakan syarat supaya tidak menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Hungary yang bermusuhan dengan pihak Turki
- Dalam masa yang sama, Sultan Murad II menggabungkan wilayah Thessalonki, Macedonia, Thessaly dan Janina di bawah kekuasaanya seperti dahulu
- Beberpa siri pertempuran yang dimenangi oleh pihak Uthmaniyah membuatkan wilayah Albania telah meminta naunagan Kerajaan Uthmaniyah
- Misi ketenteraan Uthmaniyah di Wallachia juga membuatkan bakal pemerintah Wallachia iaitu Vlad yang bergelar Dracula mengiktiraf kedaulatan Uthmaniyah pada tahun 1433
- Namun atas hasutan kerajaan Hungary serta dana bantuan dan sokongan kepada pemerintah Wallachia dan Serbia, mereka telah menentang kerajaan Uthmaniyah
- Walau bagaimanapun kerajaan Uthmaniyah berjaya mematahkan permberontakan itu dan terus mara sehingga ke wilayah Hungary
- Kedudukan tentera gabungan itu berjaya dimusnahkan dan tentera Uthmaniyah berjaya membawa pulang 70,000 orang tawanan selepas menghancurkan pakatan tentera itu pada tahun 1438
- Semua wilayah yang dikuasai oleh pembesar Wallachia pula telah digabungkan dalam satu pentadbiran
- Kejayaan pihak Turki di wilayah Balkan menjadi ancaman terhadap dua kerajaan besar di sekitar wilayah itu iaitu Empayar Byzantin dan beberapa buah negara beraja di Eropah
- Demi menyelamatkan wilayah mereka dari kekuatan tentera Uthmaniyah, mereka kembali menjalankan misi perang Salib bagi menentang Sultan Murad II
- Sewaktu mereka mengepung Bandar Hermannstadt, di Sibiu dalam wilayah Transylvania (Romania), tentera Turki telah diserang hendap oleh pangli,a wilayah tersebut iaitu Janos Hunyadi
- Dikatakan hampir 20,000 orang tentera Uthmaniyah termasuk panglimanya telah terbunuh dalam serangan itu
- Sebaik sahaja mendengar berita itu, Sultan Murad II terus menyiaplan bala tenteranya seramai 80,000 orang dan dipimpin oleh Syihab al-Din Pasa
- Namun, mereka turut ditewaskan oleh Janos Hunyandi pada tahun 1442
- Kemenangan Janos Hunyadi itu mendorong beliau dan bala tenteranya membantu Kerajaan Serbia bagi mengalahkan tentera Uthmaniyah dalam Perang Nis pada tahun berikutnya
PERJANJIAN DAMAI SZEGED
Janos Hunyadi Monumen
- Kekalahan berturut-turut dalam tiga siri peperangan di Balkan ini membuatkan Kerajaan Uthmaniyah terpaksa mengembalikan beberapa wilayah kepada Wallachia, Tansylvania, Hungary dan Serbia
- Salah satu faktor kekalahan itu ialah tentera Uthmaniyah juga terpaksa menghadapi pemberontakan kecil yang berlaku di dalam negara
- Keadaan ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh tentera Salib Kristian
- Menggunakan taktik Batalion Perang yang rapi, mereka berjaya melumpuhkan pertahanan tentera Uthmaniyah di Rumeliya, Bulgeria dan ini adalah kemenangan pertama mereka
- Kekalahan demi kekalahan itu semakin memburukkan lagi penguasaan kerajaan Uthmaniyah di wilayah Balkan
- Pada masa yang sama, Byzatin terus menimbulkan huru-hara di dalam wilayah kekuasaan Turki
- Misi ketenteraan gabungan Wallachia dan Serbia itu hanya terhenti seketika sebaik sahaja musim sejuk tiba
- Akhirnya, Uthmaniyah terpaksa memeterai perjanjian damai dan gencantan senjata dengan kerajaan Hungary selama 10 tahun yang ditandatangani pada 13 Julai 1444
- Perjanjian itu dekenali sebagai Perjanjian Szeged
- Melalui perjanjian itu, para pemerintah dikehendaki bersumpah di atas nama tuhan untuk tidak menyerang satu sama lain
- Perjanjian damai itu memberikan sedikit ruang dan masa kepada tentera Kerajaan Uthmaniyah bagi memulihkan semula kekuatan tenteranya
- Manakala Sungai Danube telah menjadi batas sempadan pertama bagi wilayah Uthmaniyah dan wilayah Kristian Eropah
PERLANTIKAN SULTAN MEHMED II
(SI PENAKLUK)
- Setelah perjanjian itu dimeterai, Sultan Murad II telah turun dari takhtanya dan melantik anaknya, Sultan Mehmed II yang baru berusia 12 tahun sebagai pemerintah baru Kerajaan Uthmaniyah
- Selain kekalahan demi kekalahan yang dialami di wilayah Balkan, beliau juga amat sedih dengan kematian puteranya yang bernama Alaeddin
- Ini membuatkan beliau berhijrah menuju ke Aydin dan beruzlah di sana bagi menghilangkan perasaan sedih dan lari dari kesibukan dunia pemerintah
- Walau bagaimanapun, wilayah Turki semakin menghadapi ancaman dari gabungan tentera Salib
- Pada musim panas tahun 1444, tentera Hungary mencabuli Perjanjian Szeged sudah bersedia menuju ke batas sempadan Turki
- Pemimpin baru Kristian turut menggesa pemimpin Hungary supaya tidak berpegang kepada perjanjian yang telah dimeterai dengan kaum muslimin itu
- Gerakan angkatan Salib kali ini diketuai oleh Janos Hunyadi dan Wladyslaw yang bakal memegang tampuk kuasa di Hungary
- Mereka merasa yakin kerana hanya akan menghadapi seorang pemerintah yang masih kecil dan tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan ketenteraan
- Walau bagaimanapun, Sultan Mehmed II yang menyedari taktik-taktik licik itu segera mengirimkan sepucuk surat kepada ayahandanya
- Dalam keadaan terdesak, beliau segera melantik semula ayahandanya sebagai sultan dan pemerintah tertinggi angktan perang Uthmaniyah
Warkah Mehmed II yang cukup terkenal berbunyi :
"Jika ayahanda masih lagi seorang pemerintah, ayahanda perlu mengetuai negara ini yang sedang berada dalam situasi meruncing. Segeralah mengambil tempat di hadapan tentera ayahanda. Jia ayahanda menganggap anakanda sebagai seorang pemerintah, anakanda mengigatkan ayahanda supaya mentaati perintah anakanda. Perintah anakanda sekarang ialah 'Datang segera di kedudukan hadapan tentera ayahanda'"
Rujukan:-
- Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
No comments:
Post a Comment