Wednesday, 10 February 2016

ASAL USUL KERAJAAN UTHMANIYAH

SEJARAH AWAL PEMBENTUKAN KHALIFAH UTHMANIYAH

Daripada Buku Ikhtisar Perkembangan Islam - Haji Dusuki Haji Ahmad

Pada pertengahan abad ke-13, Turki Uthmaniyah adalah salah satu kabilah kecil dalam kabilah Turkmen di Asia Tengah yang sering berpindah randah di sekitar Kurdistan dan bekerja sebagai petani dan pengembala. akibat serangan tentera Monggol ke wilayah Iraq dan wilayah Asia Kecil, Sulaimen iaitu datu kepada Osman telah berhijrah pada tahun 1220 ke kawasan yang jauh dari ancaman tersebut. Beliau dan kabilanya berpindah meninggalkan Kurdistan menuju Anatolia dan tinggal di sana.


Sulaimen menginggal dunia pada tahun 1230 dan digantikan oleh salah seorang puteranya yang bernama Ertoghrul. Mereka terus berpindah(nomad) dari satu tempat ke satu tempat yang lain selain sehingga ke barat laut Anatolia. Lebih kurang 100 buah keluarga turut bersamanya dan lebih 400 orang penunggang kuda mengawal mereka.

Semasa perpindahan itu, mereka bertembung dengan satu pertempuran yang sedang meletus. beliau melihat pertempuran itu dengan jelas dan mengambil tindakan mendekati tempat kejadian. beliau mendapati satu pertempuran sengit berlaku di antara tentera Islam dengan tentera Kristian Byzantin yang semakin hampir memenangi pertempuran tersebut.

Melihat situasi itu, Ertoghrul bersama pasukan berkudanya menghulurkan bantuan bagi melindungi tentera muslimin. Bantuan itu menyebabkan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Sebaik sahaja pertempuran itu selesai, panglima pasukan Seljuk yang dipimpin oleh Sultan 'Alauddin III memberikan penghargaan kepada mereka.


Beliau menganugerahkan sebidang tanah di sempadan barat Anatolia yang begitu hampir dengan sempadan Romawi. Beliau turut diberikan sokongan dan bantuan untuk menakluk wilayah yang berada di bawah kekuasaan Byzantin. Pakatan antara pihak Seljuk dan kabilah baru itu terjalin erat kerana wujudnya satu musuh yang diperangi bersama. Persahabatan itu terus terjalin sepanjang hayat Ertoghrul.


Ertoghrul mangkat pada tahun 1299 dan digantikan oleh anaknya yang bernama Osman.


Bermula daripada Osman inilah maka secara perlahan-lahan beliau dan keturunannya melakukan penaklukan ke daerah kekuasaan Seljuk sehingga sebelum akhir abad yang ke-14 semua negara lainnya diserap oleh Kerajaan Uthmaniyah. Beliau telah melancarkan perang di tengah-tengah Eropah dengan membawa panji-panji Islam ke sana dan beberapa bahagian Itali.






Warna Kuning : Negara taklukan Kerajaan Uthmaniyah



NEGARA TURKI


Negara Turki Sekarang yang dahulunya diperintah oleh Kerajaan Uthmaniyah

Turki adalah bumi dua benua. Satu kakinya berdiri di benua Eropah dan satu lagi berdiri di benua Asia.

Eropah            : 3% bersamaan 24,378 km persegi
Asia                 : 97% bersamaan 790,200 km persegi


Negara Turki menjadi sebagai jejambat atau jambatan yang menghubungkan antara dunia Timur dan dunia Barat.
Suhunya sederhana sejuk sama seperti suhu atau iklim Negara-negara Eropah juga.
Penduduk memiliki  warna kulit yang putih dan mempunyai wajah seperti manusia Eropah.

PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM TURKI

Daripada Buku Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan


Dengan kesemua 37 orang Khalifah Dinasti Uthmaniyyah Turki itu, masa pemerintahan mereka tidaklah sama. Bahkan ada yang cuma memerintah selama beberapa bulan sahaja. Manakala yang paling lama memerintah sehingga jangka masa hampir 59 tahun. Peribadi khalifah pula bermacam-macam. Ada yang salih, alim dan wara' dan ada pula yang melampiaskan hawa nafsu sepuas-puasnya. Tetapi hampir separuh daripadanya adalah pahlawan-pahlawan yang gagah di medan perang.

Telah lama bermula sejak zaman permulaan atau keagongan pemerintahan Dinasti Bani Abbassiyyah. (132-749 Hijrah/656-1258 Masehi).
Mereka merupakan kumpulan sokongan yag menguasai pemerintahan dan mewarnai corak pemerintahan Kerajaan Bani Abbassiyyah khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’tasim yang ke lapan Kerajaan Bani Abbassiyyah.

Zaman menjadi tuan dan pemerintahan Khalifah-Khalifah Kerajaan Dinasti Uthmniyyah Turki yang berasal dari keturunan Uthman Bin Ertoghrul bin Sulaiman Syah merupakan pengasas.

Khalifah         : Seramai 36/37 orang
Masa               : 625 Tahun (698-1341 Hijrah/ 1299-1924 Masehi)


Walaupun  Kerajaan Bani Abbassiyyah dianggap teguh dan kukuh, khalifah mereka dianggap lemah bermula daripada Khalifah al-Wathiq, khalifah ke sembilan. Walau bagaimanapun pentadbiran khalifah ini, kekuatan terletak pada para pembesar kerajaan yang menguasai pentadbiran. Cuma khalifah sahaja yang lemah seperti boneka.

Zaman Khalifah Uthmaniyah, mereka memerintah  dengan kuasa penuh di tangan bukan menjadi boneka  kepada orang lain.

Kemunculan dan tegaknya kerajaan Uthmaniyah Turki bukanlah bersinambungan setelah tumbangnya kerajaan bani Abbassiyyah, tetapi memakan masa yang lama untuk muncul dan berdiri.

Ketika Kerajaan Bani Abbassiyyah tumbang, Kota Baghdad telah dikuasi oleh kaum Tartar atau Monggol yang menyerang dan membinasakan kerajaan tersebut.

Mereka membunuh khalifah dan penyokong Kerajaan Bani Abbassiyyah, membinasakan kitab-kitab agama dan meperkosa wanita.

Pada masa itu, orang Turki yang memerintah Kerajaan Bani Abbassiyyah yang berpusat di Kota Baghdad telah mengumpul kekuatan untuk menghadapi kaum Monggol. Peperangan berlaku diantara orang Turki dan Tentera Monggol.

Orang Turki dan Monggol adalah berani, bijak, gagah perkasa. Semua kaum menyusun kaum masing-masing untuk melawan kaum Tartar yang diperintah oleh Raja Tartar (Hulagu Khan) yang merupakan ketua pasukan tentera monggol. Raja Tartar telah menyerang dan memusnahkan kota Bahgdad yang beragama Islam dan perang tersebut bertukar menjadi perang saudara kerana masing-masing rebut kuasa pemerintahan sesame islam.

Dengan itu pertumpahan darah sesama kaum Muslimin terus berlaku sehinggalah ayah kepada Khalifah Uthman I iaitu Ertoghrul Bin Sulaiman Syah berjaya membina tapak kerajaan orang-orang Turki suku Qayi di barat Negara Anatolia (Negara Turki sekarang).


Rujukan:-

  1. Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
  2. Ikhtisar Perkembangan Islam - Haji Dusuki Haji Ahmad
  3. Fakor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniyah - Dr. Ali Muhammad                                                                                                                          As-Solabi
  4. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
  5. Sejarah Tingkatan 4 (Buku Teks) -  Nik Hassan, Muhd Yusuf, Muhammad Bukhari

SULTAN MUHAMMAD ALP ARSLAN


LATAR BELAKANG

  • Nama Islam beliau: Muhammad bin Dawud Chaghri
  • Gelaran di kalangan tentera: Alp Arslan (Singa Berani)
  • Pernah dilantik sebagai gabenor Khurasan (1095M) untuk menggantikan bapanya dan pemerintahan bapa saudaranya, Tughrul Beg
  • Meluaskan empayar Seljuk hingga ke Armenia dan Georgia (1046M)
  • Menyerang Empayar Byzantin dan berjaya tawan Anatolia
  • Kejayaan Alp Arslan dalam Perang Manzikert melenyapkan ancaman Byzantin
  • Beliau membenarkan pegawai bangsawan Turkemnya untuk memerintah di atas kesetiaan mereka kepadanya
  • Dalam tempoh 2 tahun sahaja, bangsawan Turkmen berjaya luaskan pengaruh di Laut Aegean dengan menubuhkan wilayah yang digelar Belgik (wilayah-wilayah yang dikuasai oleh para bangsawan)

PERLUASAN WILAYAH
  • Alp Arslan terkenal sebagai tokoh yang sering berjihad mengembangkan Islam
  • Beliau merancanakan perluasan ke wilayah Kristian yang berhampiran dan menakluki wilayah yang dikuasai oleh Daulah Fathimiyah (bermazhab di Mesir)
  • Beliau menyiapkan tentera yang besar dan akhirnya berjaya menguasai Armenia, Georgia dan agama
  • Islam dapat disebarkan di sana
  • 1070M, meluaskan kuasa ke Syria dan mengepung wilayah yang dikuasai oleh Muradisah di Halab
  • Alp Arslan memaksa pemimpun wilayah itu, Mahmud bin Salleh supaya iktirah semula pemerintahan
  • Abbasiyah tidak lagi berpusat kepada Daulah Fathimiyah
  • Beliau menghantar panglima perangnya, Atansaz bin Auk Al-Khawarizmi untuk melakukan serangan ke wilayah selatan Syria dan Atansaz berjaya menawan Ramallah dan Baitul Maqdis
  • Walaubagaimanapun, beliau belum mampu menguasai Asqalan (pintu masuk utama ke Mesir)
  • Kejayaan penaklukan wilayah Kristian bangkitkan kemarahan Romanus Diogenes IV (Kaisar Romawi) yang memerintah dari 1068M-1071M dan bertekad untuk melakukan serangan balas
  • Pasukan tentera Kaisar beberapa kali terlibat dalam pertempuran dan angktana tentera Seljuk

PERANG MANZIKERT DI DAERAH MUS, TURKI
(26 OGOS 1071M)

Ibn Katsir (sejarawan Islam) menceritan di dalam bukunya :

"Pada tahun itu, Kaisar Romawi yang bernama Romanus telah bergerak dalam satu pasukan yang besar umpama gunung. Pasukannya terdiri dari kalangan tentera Romawi, Georgia dan Perancis. Jumlah mereka begitu ramai dengan senjata yang begitu lengkap. Dalam pasukan itu, terdapat 35 orang panglima perang. Di bawah seorang panglima, terdapat 1,000 orang penunggang kuda"

"Pasukan yang datang dari Perancis berjumlah 35,000 orang. Manakala pasukan yang berada di Konstantinopel berjumpah 15,000 orang. Turut mengirinya ialah 100,000 orang pemain seruling dan penggali lubang. 1,000 kuda kerja, 400 gerabak pengangkut kasut dan paku dan 1,000 gerabak lain yang mengangkut senjata, lampu dan manjanik"

Alp Arslan sendiri merasa gentar melihat pasukan Romawi yang begitu ramai. Melihat keadaan ini, Ulama yang bernama Muhammad bin Abdul Malik al-Bukhari menasihatinya agar melancarkan perang pada hari Jumaat sewaktu tergelincir matahari dengan tibanya waktu Zuhur. Ini kerana pada waktu tersebut para khatib sedang mendoakan kemenangan kaum Muslimin di serata pelusuk negara umat Islam. Apabila tiba waktunya dan kuda pasukan saling berhadapan, Alp Arslan turun dari kudanya dan bersujud di atas tanah, berdoa agar diberi kemenangan.

Lantas beliau menyeru ke arah tenteranya :

"Kita adalah kelompok yang sedikit bilangnya, aku mahu mencampakkan diriku di tengah-tengah pasukan mereka sewaktu seluruh kaum Muslimin mendoakan kita di atas mimbar-mimbar samada aku mencapai tujuanku atau aku akan mati syahid lalu berangkat ke syurga. Sesiapa di kalangan kamu ingin mengikutiku, maka ikutlah aku"

"Siapa yang ingin berundur, maka pilihlah untuk dirinya kerana di sini tiada lagi raja yang memberi perintah dan tidak ada tentera yang menerima perintah. Kerana aku pada hari ni adalah sebahagian daripada kamu, aku berperang bersama kamu semua. Sesiapa yang bersamaku, mescaya Allah akan kurniakan kepadanya, samada jannah atau ghanimah (syurga atau rampasan perang). Siapa yang berundur nescaya ditimpakan azab neraka dan juga kehinaan"

Para tenteranya menjawab :

"Apa sahaja yang kamu perintahkan nescaya kami akan ikuti dan kami membantumu"

Lalu beliau segera melepaskan pakaian kebesarannya dan mengambil busur, anak panah serta pedangnya menuju ke medan perang. Beliau sendiri yang memasang pelana kudanya tanpa bantuan orang lain dan mengenakan pakaian berwarna putih, siap masuk ke medan perang seraya berkata "

"Seandainya aku terbunuh pada hari ini, inilah kain kafanku!"

Akhirnya perang mula meletus dengan serangan dari kedua belah pihak. Tentera Alp Arslan telah membunuh ramai tentera Romawi. Diceritakan tentera Romawi yang terbunuh seramai 110,000 orang manakala 40,000 orang yang ditawan termasuklah Kaisar sendiri berjaya ditawan oleh seorang pemuda (hamba) yang berasal dari negaranya sendiri.

Rujukan:-

  1. Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
          


SULAIMAN AL-QANUNI


LATAR BELAKANG

  • Nama : Khalifah Sulaiman bin Salim bin Bayazid bin Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid bin Murad bin Orkhan bin Uthman bin Ertoghrul bin Sulaiman Syah
  • Jawatan : Dinasti kerajaan bani Uthmaniyah Tukri yang kesepulaj
  • Gelaran : Khalifah Sulaikam Al-Qanuni Yang Agong atau Khalifah Sulaiman I (Sesetengah penulis menyebut baginda sebagai Khalifah Sulaiman II kerana mengira Khalifah Sulaiman I ialah berkuasa bersama-sama Khalifah Muhammad I)
  • Ciri-ciri : Bijak, cerdik, berlapang dada dan pandai membina hubungan silaturrahim dengan adik-beradik dan saudara-mara
  • Kelahiran : Khalifah Sulaiman O dilahirkan pada 899H/6 November 1494M
  • Calon : Baginda merupakan calon khalifah ayahanda baginda Khalifah Salim I

PEMERINTAHAN

Tindakan pertama Khalifah Sulaiman I sebaik sahaja dilantik menjadi khalidah ialah dengan memerhati persoalan sempadan negara iaitu tanah sempadan kerajaan Uthmaniyah dengan kerajaan-kerajaan negara-negara Eropah. Ini adalah kerana tiada musuh kerajaan Uthmaniyah selain daripada kerajaan-kerajaan Kristian Eropah. Sejak kerajaan Islam Dinasti Bani Uthmaniyah ditubuhkan atau diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul pada tahun 680H/1281M, kerajaan-kerajaan Kristian Eropah mulai takut kepada kerajaan Uthmaniyah. Ini adalah kerana mereka pernah mengalami masalah dengan kaum Muslimim pada zaman pemerintahan kerajaan Turki dan Kurdi di Utara Tanah Arab terutama pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayubbi lagi.

Baginda bercita-cita untuk memperluaskan tanah jajahan negara Islam di seluruh benua Eropah. Khalifah Sulaiman I telah memimpin sebuah angkatan tentera Uthmaniyah menuju ke Eropah. Pasukan baginda bertembung dengan pasukan tentera Hungary yang dipimpin oleh rajanya sendiri iaitu Raja Lauis II. Tentera Hungary kalah dan tentera Turki Uthmaniyah berjaya menawan Kota Belgrade. Kemudian Khalifah Sulaiman I memimpin bala tentera baginda menuju ke kepulauan Rhodes untuk menawan kepulauan tersebut. Pada tahun 927H/1522M, tentera kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengepung pulau Rhodes tetapi berakhir dengar termetrainya perjanjian damai. Mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan di Eropah Timur itu, Khalifah Sulaiman I telah mengikatt tali persahabatan dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan atau negara Perancis.

Raja Louis II yang terselamat dalam peperangan di Belgrade telah mengumpul semula kekuatan tenteranya. Sebaik sahaja Khalifah Sulaiman I mendapat tahu Raja Louis II telah membina semula tenteranya, mala baginda terus memimpin angkatan tentera Islam Turki Uthmaniyah mara untuk bertempur dengan tentera Hungary pimpinan Raja Louis II itu. Kedua-kedua pasukan bertemu di suatu tempat bernama Mohach pada tahun 931H/28  Ogos 1526M. Kebanyakkan tentera Hungary teridiri daripada kaum Magyar. Kaum ini adalah berasal dari negara Hungary juga. Sebab itu orang-orang Magyar mudah menyertai tentera Hungary pimpinan Raja Louis II. Oleh kerana kaum Magyar ramai menganggotai pasukan tentera Hungary ini, maka perang ini lebih terkenal disbut sebagai peperangan melawan kaum Magyar. Pihak tentera Hungary telah tewas dan Raja Louis II turut terbunuh. Pada tarikh 2 September tahun yang sama, Kota Buda telah dapat ditawan oleh Khalifah Sulaiman I.

Kematian Louis II dalam peperangan di Mohach telah menyebabkan berlaku perebutan kuasa oleh dua kerajaan yang bergabung dengan kerajaan Hungary iaitu antara Raja Ferdinand dari negara Austria dengan Raja Voivode John Zapola dari negara Transylvania. Khalifah Sulaiman I tidak melepas kesempatan yang terbaik ini lantas menyebelahi Raja Voivode John Zapola dari negara Transylvania. Raja Ferdinand telah tewas. Dan Khalifah Sulaiman I telah menbalkan Raja Voivode John Zapola di Kota Buda sebagai raja di situ. Pada tahun 943H/1529M, Khalifah Sulaiman I mara ke Kota Vienna dan menawannya. Kemudian baginda mara lagi menawan kota Guns. Kota ini adalah kubu kuat musuh. Kemuadian Khalifah Sulaiman I mara lagi sehingga baginda ditentang oleh orang-orang Genoa. Termeterai perjanjian damai di situ.

Ketika itu negara Farsi sedang diperintah oleh Syah Tahmasp, anak kepada Syah Ismail. Syah Tahmasp menjadi raja Farsi sejak tahun 929H/1524M lagi. Beliau enggan mengiktirafkan Khalifah Sulaiman I sebagai Khalifah Kerajaan Dinasti Bani Uthmaniyah Turki yang menyebabkan Khalifah Sulaiman I marah. Pada tahin 940H/1534M, Khalifah Sulaiman I mempimpin bala tentera Turki Uthmaniyah menyerang negara Farsi . Kota Tabriz telah dapat ditawan. Kemudian Khalifah Sulaiman I pulang ke Kota Istanbul untuk merencana serangan yang baru ke atas musuh-musuh negara, Arah pertama ialah di Afrika Utara menghala ke Laut Mediterranean. Di Afrika Utara, tentera Kerajan Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan tentera Sepanyol dan berjaya menakluki sebahagian besar negara-negara di Afrika Utara seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1537M, Khalifah Sulaiman I mengumumkan peperangan ke atas Venesia. Untuk menghadapi kaum Venesia, tentera Kerajaan Turki Uthmaniyah perlu menggunakan armada laut. Khalifah Sulaiman I mendapat tahu seorang pahlawan Islam berketurunan Yunani atau Greak tua yang berasal dari Kota Lesbos sudah lama menguasai perairan Laut Mediterranean. Pahlawan laut atau laksamana itu bernama Khairuddin Barbarossa berperang di Laut Mediterranean sejak sekian lama sehingga berjaya mengalahkan armada-armada laut negara Sepanyol yang cuba turut menguasai Laut Mediterranean dan bahagian darat Utara Afrika. Turut berperang bersama Laksamana Khairuddin Barbarossa ialah adiknya yang bernama Aruj. Laksamana Khairuddin Barbarossa juga mempunya hubungan persahabatan yang baik dengan kerajaan Hafsiyyah di negara Tunisia.

Setelah dibawa masuk oleh Khalifah Sulaiman I ke dalam pasukan tentera laut kerajaan Turki Uthmaniyah, Laksamana Khairuddin Barbarossa telah membawa armada laut Turki Uthmaniyah berperang melawan tentera kerajaan Itali. Kejayaan yang gilang gemilang telah dicapai oleh armada kerajaan Uthmaniyah. Dalam tempoh tiga tahun sahaja angkatan armada laut kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Laksamana Khairuddin Barbarossa telah berjaya menguasai kawasan antara laut Aegean hingga ke pulau Crete, Tinos dan Mykonis. Namun tenaga dan kepakaran Laksamana Khairuddin Barbarossa tidak dapat digunakan dengan lebih lama lagi kerana pahlawan besar ini telah meninggal dunia selepas itu. Kerana itu Khalifah Sulaiman I kembali memimpin angkatan tentera laut Turki Uthmaniyah untuk menakluki Kota Buda yang terle[as ke tangan tentera musuh. Sebelum sampai ke Kota Buda, mereka menggempur dan menawan Kota Buda. Terdapat sebuah gereja yang besar di Kota Buda. Baginda menjadikan gereja itu masjid dan sekali gus mewujudkan satu undang-undang pentadbiran di negara Hungary.

PEMBANGUNAN

Pada tahun 956H/1550M, ketika Khalifah Sulaiman I sedang berada di kemuncak keagunagan dan kegemilangan pemerintahannya, baginda telah membina sebuah masjid yang besar di kota Istanbul. Masjid itu dibina dengan seni reka bentuk yang sangat menarik. Kecantikan ukirannya sehingga hampir menandingi keunikan seni bini dan reka bentuk Masjid Ain Sopia (Masjid Aya Sophia). Lebih tetap lokasi atau kedudukan masjid ini ialah di utara kota Serai. Masjid ini dinamakan Masjid Sulaimaniyyah. Masjid ini dibina selama 6 tahun baru siap sepenuhnya (956H-962H/1550M-15556M). Sebenarnya masih dibina sebanyak 75 buah lagi masjid yang dikira besar dan 47 buah masjid yang dianggap kecil sahaja.

Selain daripada masjid, tempat-tempat ibadat yang lain seperti madrasah dibina sebanyak 48 buah juga, institusi pengajian al-Qurran sebanyak 7 buah,  7 buah rumah sakit, 7 buah jejambat, 7 buat jambatan, 5 buah gedung perniagaan, 27 buah istana, 8 buah rumah persinggahan, 31 buah kolam renang dan 18 buah rumah tempat pengurusan jenazah. Ini sebenarnya tanggungjawab pemerintah terhadap kesejahteraan rakyat. Bukan satu jasa yang wajar diberi pujian. Tetapi kewajipan pemerintah sekiranya khalifaha tidak melaksanakannya, khalifah itu dikira berkhianat kepada rakyat jelata.

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN

Khalifah Sulaiman I adalah seorang khalifah yang sangat perkasa dan berani. Memang semua khalifah Dinasti Bani Uthmaniyah Turki amat gagah perkasa, handal dan berani. Khalifah Sulaiman I memimpin angkatan tentera Turki Uthmaniyah sebanyak 13 kali selama baginda menjadi khalifah selama kira-kira 46 tahun (925H-973H/1520M-1566M). (10 kali ke Eropah dan 3 kali ke Asia). Pada zaman pemerintahan baginda, tanah jajahan atau kawasan taklukan kerajaan Dinasti Bani Uthmaniyah Turki adalah seluas 644,000 kilometer persegi. Memang dari sungai Sava di utara ke sungai Nil di selatan. Dari banjaran Caucasus di timur hingga ke Gunung Atlas di sebelah barat. Di dalam sejarah pemerintah kerajaan Dinasti Bani Uthmaniyah Turki, kemasyhuran Khalifah Sulaiman I mengatasi senarai khalifah-khalifah yang lain. Kerani itulah baginda digelar "Yang Hebat"

KEJAYAAN PEMERINTAHAN
 KHALIFAH SULAIMAN I

Kejayaan pemerintahan oleh Khalifah Sulaiman I bergantung kepada teraturnya perlaksanaan al-Qanun atau peraturan (perlembagaan ) yang digubal oleh baginda sendiri. Di atas sebab itu, baginda digelar juga dengan al-Qanuni yang bermaksud penggubal undang-undang . Al-Qanun menggariskan undang-undang tentang kenteraan, berkaitan harta, polis dan hal-hal tanah.

Dalam bidang kebudayaan, kesusteraan, ilmu pengetahun amnya sangat berkembang pada zaman pemerintahan baginda. Baginda sendiri adalah seorang khalifah yang sangat berminat di dalam seni bina. Ini dapat dilihat jelas dengan sini bina pada masjid-masjid yang baginda bina.

MENINGGAL DUNIA

Khalifah Sulaiman I meninggal dunia pada tahun 6 September 1566M ketika berusia kira-kira 72 tahun. Baginda berada di atas takhta Khalifah selama kira-kira 46 tahun. Kematian baginda bukan ketika sedang berkat atau berada di dalam istana, tetapi ketika berada di jalan Allah SWt. Pada 1hb Mei 1566, Khalifah Sulaiman I telah memimpin angkatan tentera Uthmaniyah untuk memerangi tentera kerajaan Sepanyol yang disokong oleh kerajaan Malta. Setelah berjalan selama kira-kira 5 bulan ketika sampai di kota Szigeth, baginda jatuh sakit secara tiba-tiba. Baginda meninggal dunia di kota itu pada tarikh 6 September 1566M. Kota Szigeth kemudian dapat ditakluk oleh kerajaan Turki Uthmaniyah.


Rujukan:-
  1. Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan


CELEBI MEHMED (MOHAMMED I)



LATAR BELAKANG

  • Sultan Mehmed I dilahirkan di Kota Edirne pada tahun 1389
  • Memiliki tubuh yang sederhana, tidak terlalu tinggi, mempunyai wajah yang bujur, kulit yang cerah dan cantik serta berdada bidang
  • Seorang yang amat bertenaga dan berani
  • Seorang pemanah yang cekap dan selalu menjuarai latihan gusti
  • Sering memakai jubah yang lengkap dengan sarik (serban)
  • Beliau telah menyertau hampir 24 buah pertempuran dan mengalami lebih 40 kecederaan yang teruk
  • Beliau adalah seorang ahli politik yang bijak
  • Dilantik sebagai gabenor di Amasya setelah beliau menamatkan pengajiannya di Istana Bursa
  • Sepanjang tugasannya di sana, beliau telah memantapkan kemahirannya dalam selok belok pentadbiran
  • Berjaya menyatukan kelompok-kelompok yang berpecah-belah di Wilayah Anatolia
  • Berjaya menghentikan segala kekacauan dan huru hara yang berlaku selepas serangan ganas Tamarlane dan kematian bapanya
  • Beliau juga menunaikan hak penganut Islam dan Kristian dengan penuh keadilan
  • Namanya tercatat sebagai "Pengasas Kedua Kerajaan Uthmaniyah" di dalam tinta sejarah empayar dunia

ERA PERALIHAN

  • Selepas pertempuran di Ankara, Kerajaan Uthmaniyah Turki yang berpusat di Anatolia menjadi kucar-kacir.
  • Para putera Beyazid I mula berebut takhta selepas kemangkatan beliau.
  • Mehmed dan Musa Celebi membuat pakatan sesama mereka dan berjaya membunuh Isa
  • Mehmed mengutuskan musa untuk menentang abangnya, Suleyman di Edirne. 
  • Musa berjaya menghapuskan Suleyman lalu menakluk Kota Edirne pada tahun 1411, tidak lagi berpegang pada janjinya dengan Mehmed
  • Musa Celebi telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan dan pemerintah Edirne
  • Pada tahun 1413, Mehmed mengumpulkan segala kekuatan untuk menghapuskan Musa dan beliau berjaya mengalahkannya.

PEREBUTAN WILAYAH ANATOLIA

  • Mehmed I berhempas pulas menyatukan semula seluruh suku kaum turki dan berusaha mengembalikan kestabilan politik dalam Kerajaan Uthmaniyah
  • Selepas itu, baru beliau mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai sultan empayar baru Kerajaan Uthmaniyah
  • Malangnya, sepanjang kekacauan dan perebutan tersebut berlaku, mereka kehilangan terlalu banyak wilayah jajahan di sekitar Anatolia.
  • Ini membuatkan Mehmed dengan pantas memulakan perancangan untuk mengambil alih semula wilayah jajahan itu.
  • Pada tahun 1414, beliau mula menaklutki Izmir dari tangan Aydinoglu Cuneyd
  • Wilayah lain seperti Saruhan dan Menteseoglu juga digabungkan ke dalam jajahan Kerajaan Uthmaniyah
  • Misi ketenteraan diatur dan dirancang semula bagi menentang kumpulan di Karamanogullari yang telah menyerang Bursa.
  • Akhirnya, Karamanogullari memohon keampunan dari Mehmed dan Mehmed menerimanya serta memberikan kelonggaran kepadanya untuk menetap di wilayah pemerintahannya.
  • Wilayah Candarogullari yang berpecah sepanjang era kekacauan itu juga berjaya digabungkan semula

MISI KETENTERAAN DI RUMELIYA

  • Selepas semua kejayaan ini, Mehmed kembali semula ke Rumeliya, Bulgeria
  • Pemerintahan Wallachia yang melihat keupayaan ini, mengambil kesempatan melancarkan serangan kerana tidak bersetuju dengan cukai tahunan yang bakal dikenakan semula
  • Namun, serangan yang cuba dilakukan itu berjaya dipatahkan oleh tentera Mehmed
  • Selepas kejayaannya mengembalikan pengaruh dan kuasanya di kawasan penting sekitar wilayah Turki, Mehmed segera membaik pulih kekuatan angkatan perang darat dan laut Uthmaniyah.
  • Kemusnahan pasukan tentera dan perolakan politik yang berlangsung sejak kekalahan di tangan Tamarlane, telah membuatkan Mehmed cuba membangunkan kembali kegemilangan pasukan tenteranya seperti yang pernah dilaksanakan oleh bapanya semasa pemerintahan beliau dahulu

PEMBERONTAKAN SYEIKH BEDRETTIN

  • Selepas Mehmed berjaya menggabungkan Anatolia dan Rumeliya, beliau terpaksa menghadapi dua pemberontakan iaitu salah satunya diketuai oleh Syeikh Bedrettin dan satu lagi diketuai oleh Duzmece Mustafa
         Syeikh Bedrettin - seorang yang terpelajar
                                   - mempunyai kedudukan di arena keilmuan sekitar Bursa, Konya dan Kaherah
                                   - pernah menjawat jawatan sebagai hakim tentera bagi angkatan tentera yang                                                  dikuasai oleh adik sultan Mehmed iaitu Musa Celebi
                                   - selepas kematian Musa Celebi, kumpulan penyokong kuatnya diarahkan berkumpul                                      di Iznik dan dipaksa tinggal di sana
  • Syeikh Bedrettin dan rakannya yang lain seperti Torlak Kemal dan Borkluce Mustafa telah berjanji dan berpakat untuk bersatu dalam sebuah kumpulan di Iznik
  • Namun tidak lama kemudian, beliau telah melarikan diri dan membawa idea baru
  • Mereka memulakan kempen menghasut rakyat dan menyemarakkan semangat mereka dengan propaganda bagi menegakkan keadilan dan hak sama rata di kalangan umat Islam dan Kristian
  • Ideologi yang ingin dikembangkan oleh mereka hampir sama dengan ideologi yang cuba dibawa oleh pihak sosialis pada masa kini
  • Syeikh Bedrettin telah datang ke Deliosman dan memulakan kemoen penentangan mereka.
  • Manakala Borkluce Mustafa memainkan peranannya di bahagian Izmir
  • Torlak Kamal pula mengembangkan ideologi mereka di Manisa
  • Ketiga-ketiga mereka mengajak semua rakyat Turki melakukan pemberontakan
  • Mehmed segera melancarkan serangan ke daerah Izmir dan Manisa serta berjaya memadamkan pemberontakan itu
  • Syeikh Bedrettin pula telah ditangkap dan dibicarakan di Serrai dalam Wilayah Macedonia (yang ditadbir Greece kini) dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 1418.

KEMANGKATANNYA

  • Sultan Mehmed Celebi meninggal dunia di Edirne pada tahun 1421 ketika usianya 43 tahun
  • Kemangkatannya disembunyikan dari pengetahuan angkatan tentera dan rakyatnya sendiri atas pakatan dua menterinya iaitu Beyazid dan Ibrahim
  • Ini kerana sebelum mangkat, Mehmed telah mewasiatkan supaya anaknya, Murad menjadi penggantinya sedangkan Murad ketika itu sedang menjalankan tugas ketenteraan di Amasya
  • Mereka berusaha mengutuskan surat kepada Murad melalui pegawai yang paling dipercayai bagi memberitahu keadaan ayahandanya yang sedang sakit tenat
  • Setelah menerima khabar itu, Murad segera pulang ke Edirne.
  • Namun beliau hanya berjaya sampai ke Edirne selepas 41 hari kemangkatan bapanya.
  • Sebaik sahaja tiba, beliau terus ditabalkan sebagai Sultan Kerajaan Uthmaniyah
  • Jenazah Mehmed dikebumikan di Yesil Turbe yang bermaksud Pemakaman Hijau di wilayah Bursa

Rujukan:-
  1. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain

MURAD II (AMURATH II)


LATAR BELAKANG

  • Sultan Murad II digelar sebagai Sultan Murad al-Gazi
  • Lahir pada tahun 1402
  • Ayahandanya : Celebih Mehmed I (Mehmed I)
  • Bondanya : Emine Sultana atau Emine Hatun
  • Berasal dari wilayah Dulkadirogullari
  • Sifat fizikal : Bertubuh tunggi, berkulit cerah, berhidung mancung dan raut wajah yang taman
  • Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Amasya
  • Menaiki takhta ketika usianya baru mencecah 19 tahin
  • Seorang pemidato yang bijak menyusn setiap perkataannya
  • Mempunyai karier yang cemerlang iaitu Sultan Mehmed (Penakluk)
  • Pada dasarnya Murad II amat cintakan perdamaian
  • Beliau suka hidap dalam suasana yang sederhana dan tidak terlalu mewah
  • Namun, pertempuran dan serangan pihak musuh yang sentiasa mengancam kedaulatan wilayah Uthmaniyah membuatkan beliau sering terlibat dalam siri peperangan yang berterusan sepanjang hidupnya
  • Seorang yang tegas dan berani
  • Seorang tentera yang cukup lasak
  • Berjaya memerintah negaranya dengan penuh kecemerlangan dan kehebatan selama 30 tahun
  • Beliau amat dicintai oleh rakyat yang bernaung di bawah pemerintahannya
  • Itu semua kerana beliau begitu ikhlas, adil, bersederhana dan sering memudahkan urusan rakyat bawahan

PEMBERONTAKAN DUZMECE MUSTAFA

  • Selepas pertempuran di Ankara, muncul Mustafa Celebi yang statusnya diragui
  • Sebahagian sejarawan menyatakan beliau adalah anak Beyazid I yang khianat
  • Ada pula yang menyatakan beliau adalah rakyat biasa yang tamakkan kuasa
  • Namun, pendapat yang mengatakan Mustafa berketurunan Beyazid adalah lebih kuat
  • Mustafa Celebi turut dikenali sebagau Duzmece Mustafa
  • Beliau menuju ke Samarkand bersama-sama Tamarlane selepas peperangan itu
  • Selepas kematian Tamarlane pada tahun 1405, Mustafa kembali ke Anatolia
  • Beliau merancang untuk menaiki takhta dengan menghapusan Mehmed Celebih
  • Bagi mencapai matlamat itu, beliau bekerjasama dengan pemerintah Wallachia dan pemberontakan mereka dimulakan di wilayah Theessalonki (Greece)
  • Pemberontakan itu berjaua dipatahkan oleh Mehmed dengan mudah
  • Selepas itu, Mustafa melarikan diri dengan meminta suaka politik dari kerajaan Byzantin
  • Pemerintah Byzantinyang merasa tergugat dengan keadaan itu, pada mulanya telah menolak permohonan Mustafa itu
  • Tetapi Sultan Mehmed yang mengetahui situasi itu memberikan wang kepada Byzantin supaya mengurung Mustafa di sana
  • Empayar Byzantin menyemarakkan hasutan kepada Mustafa Celebi bin Byazid (Duzmece Mustafa) supaya merampas kuasa kerajaan dan menaiki takhta
  • Mereka cuba mengambil kesempatan atas cara Sultan Murad OO yang bersikap sederhana dan amat bertoleransi semasa pemerintahannya
  • Perjanjian damai yang dimeterai oleh Murad II dengan pemerintah Karman serta perjanjian gencatan senjata selama 5 tahun dengan Raja Hungary telah membuatkan Emmanuel II yang menjadi pemerintah Byzantin ketika itu turut meminta beberapa syarat kepada Murad II
  • Beliau menetapkan beberapa syarat kepada Murad II
  • Antaranya tentera Uthmaniyah tidak akan menyerang Byzantin sehingga bila-bila
  • Beliau juga meinta supaya Uthmaniyah membebaskan 2 orang saudaranya yang ditahan di penjara Uthmaniyah sebagai jaminan pembuktian pelaksanaan perjanjian damai itu
  • Beliau turut mengancam jika Uthmaniyah tidak menerima syarat itu, mereka akan membebaskan Duzmece Mustafa
  • Pihak Uthmaniyah tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan itu
  • Ini membuatkan mereka membebaskan Mustafa Celebi, bapa saudara Sultan Murad II
  • Mustafa Celebi memainkan peranan penting atas sokongan Byzantin
  • Beliau cuba mencetuskan perang saudara dan mengambil kesempatan terhadap situasi tidah menentu di beberapa wilayah berhampiran
  • Pembebsan Mustafa diiringi oleh beberapa buah kapal perang yang diketuai oleh pegawai tentera Byzantin bernama Demitrius
  • Akibatnya beberapa wilayah Turki di kawasan Anatolia jatuh ke tangan mereka dan pihak tenteranya mula memberikan sokongan padu kepada Mustafa Celebi
  • Dalam satu pertempuran dengan tentera Sultan Murad, pasukan pemberontak di bawah perintah Mustafa Celebi berjaya menewaskan tentera Sultan
  • Beliau dengan segera mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah di Wilayah Edirne
  • Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, beliau berjaya ditangkap oleh tentera Uthmaniyah di kawasan Ulubat dan dijatuhkan hukuman mati
  • Murad II telah membentuk satu jawatankuasa ketenteraan untuk misi menyerang yang dipanggil Azeb pada tahun 1421
  • Kelompok ini mara menuju ke wilayah naungan empayar Byzantin yang menjadi teraju utama dalam menghasut rakyat agar tercetusnya pemberontakan yang berjaya menimbulkan kekacauan di wilayah Uthmaniyah
  • Bahkan pihak Byzantin juga memainkan peranan utama dalam memberikan dana sokongan terhadap para pemberontak yang diketuai oleh Mustafa Celebi
  • Sebagai tindak balas atas perbuatan tersebut, misi ketenteraan yang baru dibentuk oleh Sultan Murad mengepung Konstantinopel bagi meyekat pengaruh dan ancamannya terhadap Kerajaan Uthmaniyah
MEREBUT SEMULA WILAYAH ANATOLIA

  • Sepanjang pengepungan kota Konstantinopel, Murad II diberitahu adik kandungnya, Mustafa yang baru berusia 13 tahun telah mencetuskan pemberontakan
  • Adiknya juga itu berusaha mengepung kota Bursa dengan bantuan pihak Byzantin dan dorongan dari beberapa orang pembesar wilayah Anatolia
  • Ini membuatkan Sultan Murad OO meninggalkan Konstantinopel dan pulang ke Anatolia bagi mengekang pemberontakan itu
  • Mustafa pula ditangkap dan dijatuhi hukuman mati
  • Murad II berjaya menemui jalan penyelesaian bagi mengekang semua pemberontakan di sekitar wilayah
  • Anatolia dengan menggabungkan mereka dalam satu wilayah pentadbiran
  • Daerah-daerah itu ialah Aydin, Mentese, Teke dan Germian
  • Pada tahin 1428, pemerintah wilayah Kerman meninggal dunia tanpa meninggalkan waris bagi meneruskan pemerintahannya
  • Namun, beliau mewasiatkan supaya wilayah itu diserahkan kepada Sultan Murad II dan digabungkan semula padanya setelah sekian lama dipecahkan oleh Tamarlane
  • Penggabungan wilayah-wilayah ini membuka ruang kepada Sultan Murad II bagi untuk menumpukan semula misi penjelajahan dan pengusaan di sekitar wilayah Eropah yang telah lama tergendala sejak zaman Sultan Beyazid I

GERAKAN DI RUMELIYA, BULGARIA



  • Sultan Murad II melaksanakan misi ketenteraan ke Serbia
  • Beliau cuba meminta semula bayaran cukai tahunan daripada Raja Serbia ketika itu iaitu George Brankovic
  • Raja Serbia turut dikenakan syarat supaya tidak menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Hungary yang bermusuhan dengan pihak Turki
  • Dalam masa yang sama, Sultan Murad II menggabungkan wilayah Thessalonki, Macedonia, Thessaly dan Janina di bawah kekuasaanya seperti dahulu
  • Beberpa siri pertempuran yang dimenangi oleh pihak Uthmaniyah membuatkan wilayah Albania telah meminta naunagan Kerajaan Uthmaniyah
  • Misi ketenteraan Uthmaniyah di Wallachia juga membuatkan bakal pemerintah Wallachia iaitu Vlad yang bergelar Dracula mengiktiraf kedaulatan Uthmaniyah pada tahun 1433
  • Namun atas hasutan kerajaan Hungary serta dana bantuan dan sokongan kepada pemerintah Wallachia dan Serbia, mereka telah menentang kerajaan Uthmaniyah
  • Walau bagaimanapun kerajaan Uthmaniyah berjaya mematahkan permberontakan itu dan terus mara sehingga ke wilayah Hungary
  • Kedudukan tentera gabungan itu berjaya dimusnahkan dan tentera Uthmaniyah berjaya membawa pulang 70,000 orang tawanan selepas menghancurkan pakatan tentera itu pada tahun 1438
  • Semua wilayah yang dikuasai oleh pembesar Wallachia pula telah digabungkan dalam satu pentadbiran
  • Kejayaan pihak Turki di wilayah Balkan menjadi ancaman terhadap dua kerajaan besar di sekitar wilayah itu iaitu Empayar Byzantin dan beberapa buah negara beraja di Eropah
  • Demi menyelamatkan wilayah mereka dari kekuatan tentera Uthmaniyah, mereka kembali menjalankan misi perang Salib bagi menentang Sultan Murad II
  • Sewaktu mereka mengepung Bandar Hermannstadt, di Sibiu dalam wilayah Transylvania (Romania), tentera Turki telah diserang hendap oleh pangli,a wilayah tersebut iaitu Janos Hunyadi
  • Dikatakan hampir 20,000 orang tentera Uthmaniyah termasuk panglimanya telah terbunuh dalam serangan itu
  • Sebaik sahaja mendengar berita itu, Sultan Murad II terus menyiaplan bala tenteranya seramai 80,000 orang dan dipimpin oleh Syihab al-Din Pasa
  • Namun, mereka turut ditewaskan oleh Janos Hunyandi pada tahun 1442
  • Kemenangan Janos Hunyadi itu mendorong beliau dan bala tenteranya membantu Kerajaan Serbia bagi mengalahkan tentera Uthmaniyah dalam Perang Nis pada tahun berikutnya

PERJANJIAN DAMAI SZEGED

Janos Hunyadi Monumen

  • Kekalahan berturut-turut dalam tiga siri peperangan di Balkan ini membuatkan Kerajaan Uthmaniyah terpaksa mengembalikan beberapa wilayah kepada Wallachia, Tansylvania, Hungary dan Serbia
  • Salah satu faktor kekalahan itu ialah tentera Uthmaniyah juga terpaksa menghadapi pemberontakan kecil yang berlaku di dalam negara
  • Keadaan ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh tentera Salib Kristian
  • Menggunakan taktik Batalion Perang yang rapi, mereka berjaya melumpuhkan pertahanan tentera Uthmaniyah di Rumeliya, Bulgeria dan ini adalah kemenangan pertama mereka
  • Kekalahan demi kekalahan itu semakin memburukkan lagi penguasaan kerajaan Uthmaniyah di wilayah Balkan
  • Pada masa yang sama, Byzatin terus menimbulkan huru-hara di dalam wilayah kekuasaan Turki
  • Misi ketenteraan gabungan Wallachia dan Serbia itu hanya terhenti seketika sebaik sahaja musim sejuk tiba
  • Akhirnya, Uthmaniyah terpaksa memeterai perjanjian damai dan gencantan senjata dengan kerajaan Hungary selama 10 tahun yang ditandatangani pada 13 Julai 1444
  • Perjanjian itu dekenali sebagai Perjanjian Szeged
  • Melalui perjanjian itu, para pemerintah dikehendaki bersumpah di atas nama tuhan untuk tidak menyerang satu sama lain
  • Perjanjian damai itu memberikan sedikit ruang dan masa kepada tentera Kerajaan Uthmaniyah bagi memulihkan semula kekuatan tenteranya
  • Manakala Sungai Danube telah menjadi batas sempadan pertama bagi wilayah Uthmaniyah dan wilayah Kristian Eropah

PERLANTIKAN SULTAN MEHMED II 
(SI PENAKLUK)

  • Setelah perjanjian itu dimeterai, Sultan Murad II telah turun dari takhtanya dan melantik anaknya, Sultan Mehmed II yang baru berusia 12 tahun sebagai pemerintah baru Kerajaan Uthmaniyah
  • Selain kekalahan demi kekalahan yang dialami di wilayah Balkan, beliau juga amat sedih dengan kematian puteranya yang bernama Alaeddin
  • Ini membuatkan beliau berhijrah menuju ke Aydin dan beruzlah di sana bagi menghilangkan perasaan sedih dan lari dari kesibukan dunia pemerintah
  • Walau bagaimanapun, wilayah Turki semakin menghadapi ancaman dari gabungan tentera Salib
  • Pada musim panas tahun 1444, tentera Hungary mencabuli Perjanjian Szeged sudah bersedia menuju ke batas sempadan Turki
  • Pemimpin baru Kristian turut menggesa pemimpin Hungary supaya tidak berpegang kepada perjanjian yang telah dimeterai dengan kaum muslimin itu
  • Gerakan angkatan Salib kali ini diketuai oleh Janos Hunyadi dan Wladyslaw yang bakal memegang tampuk kuasa di Hungary
  • Mereka merasa yakin kerana hanya akan menghadapi seorang pemerintah yang masih kecil dan tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan ketenteraan
  • Walau bagaimanapun, Sultan Mehmed II yang menyedari taktik-taktik licik itu segera mengirimkan sepucuk surat kepada ayahandanya
  • Dalam keadaan terdesak, beliau segera melantik semula ayahandanya sebagai sultan dan pemerintah tertinggi angktan perang Uthmaniyah

Warkah Mehmed II yang cukup terkenal berbunyi :
 
"Jika ayahanda masih lagi seorang pemerintah, ayahanda perlu mengetuai negara ini yang sedang berada dalam situasi meruncing. Segeralah mengambil tempat di hadapan tentera ayahanda. Jia ayahanda menganggap anakanda sebagai seorang pemerintah, anakanda mengigatkan ayahanda supaya mentaati perintah anakanda. Perintah anakanda sekarang ialah 'Datang segera di kedudukan hadapan tentera ayahanda'"



Rujukan:-
  1. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain


MEHMED FATEH (MOHAMMED II)


LATAR BELAKANG

  • Sultan Mehmed II dilahirkan di Edirne pada 19 April 1429
  • beliau seorang yang berbadan tegap, tinggi dan sasa
  • Beliau sangat mencintai tanah airnya dan selalu memimpin angkatan tenteranya
  • Beliau juga amat meminati bidang sains, falsafah, kesusasteraan, kesenian, kejuruteraan dan pembinaan
  • Beliau pernah menuntut ilmu dari seorang tokoh ulama terkenal Turki bernama Ak Semsettin
  • Beliau sangat pintar dan mampu bertutur dengan fasih dalam 7 bahasa iaitu Turki, Greek, Yahudi, Arab, Parsi dan Latin
  • Pada usia 20 tahun, beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya yang mangkat
  • Beliau digelar Si penakluk atau al-fateh selepas berjaya menakluk benteng Kota Istanbul pada 29 Mei 1453
  • Sultan Mehmed telah menukar nama Konstantinopel kepada 'Islam Bol' yang bermaksud 'Bandar Islam' tetapi kini lebih dikenali sebagai Istanbul
  • Antara kawasan yang berjaya ditakluk semula oleh Sultan Mehmed II ialah Serbia, Greece, Trezibizond, Wallachia, Bosnia, Karaman, Albania dan beberapa buah daerah di Venice dan Genoa
  • Sultan Mehmed II memerintah kerajaan Uthmaniyyah selama 30 tahun dan terlibat dalam 25 misi ketenteraan yang dipimpinnya sendiri


KRONOLOGI PERCUBAAN PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL


  • Istanbul diasaskan pada tahun 330 oleh Maharaja Byzantine iaitu Constantine I. Ia terletak antara 2 benua iaitu Eropah dan Asia
  • Bandar itu berada yang paling strategik iaitu di laluan terpenting antara 2 laluan dagangan yang utama ketika itu
  • Istanbul dikelilingi lautan dari 3 penjuru iaitu selat Bosphorus, Laut marmara dan Perairan Tanjung Emas
  • Usaha pertama pada tahun 34 H atau 654 M sewaktu pemerintahan Ali bin Abu Thalib. Usaha itu dilakukan oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Malangnya usaha itu gagal dan seorang sahabat Rasulullah yang menyertai misi tersebut iaitu Abu Ayyub al-Ansari telah syahid
  • Kemudian anak Muawiyah iaitu Yazid bin Muawiyah turut melakukan usaha yang sama dengan mengepung kota itu pada tahun 48 H atau 667 M
  • Pada tahun 52 H atau 672 M pengepungan di teruskan atas arahan Muawiyah tetapi turut menemui kegagalan
  • Ketika pemerintahan Umar bin Abd al-Aziz, beliau mengarahkan Malamah mengepung dan menawan kota itu pada tahun 97 H atau 715 M manakala sewaktu zaman Suleyman bin Abdul Malik, kerajaan Umayyah menyediakan pasukan terhandal pada tahun 98 H tetapi turut menemui jalan buntu 
  • Usaha diteruskan oleh Hisyam al-Umawi, salah seorang khalifah kerajaan Umayyah pada tahun 121 H atau 739 Mdan disambung pula oleh Harun al-Rasyid al-Abbasiy pada tahun 182H atau 798 M tetapi kedua-duanya gagal



PERSEDIAAN

  • Sultan Mehmed II segera mengarahkan persiapan serangan dan pengepungan ke atas konstantinopel dilakukan. Para jurutera terhebat dan terkenal di zamannya dipanggil menghadap. Antaranya ialah jurutera dan pakar peperangan tentera Turki ketika itu yang bernama Muslih al-Din dan Saruca Sekban. Mereka diarahkan mencipta meriam
  • Di sebelah Benua Eropah terdapat satu laluan Selat Bosphorus yang agak sempit terletak sekitar 5 batu dari tembok Konstantinopel
  • Sultan Mehmed II telah membina sebuah benteng  pertahanan dikenali sebagai Kota Rumeli. Kota itu berperanan besar mengawal lalu lintas di selat tersebut
  • Sepanjang persediaan untuk mengepung Konstantinopel, perjanjian damai dengan kerajaan Wallachia dan Serbia telah dimeterai dengan beberapa syarat.
  • Perjanjian damai Hungary dan Galata yang berjiran dengan Byzantin juga turut ditandatangani. Ini adalah strategi penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada satu musuh tanpa sebarang ancaman luar jangkaan
  • Mereka turut membaiki semula beberapa bahagian dinding dan tembok kota bagi mengukuhkannya dari serangan tentera Uthmaniyyah
  • Maharaha Constantine semakin gelisah apabila mendengar berita pembinaan benteng oleh pihak Uthamniyyah. Beliau segera meminta bantuan dari pihak Kristian, teteapi Pope ketika itu sedang menghadapi kemelut untuk menyatukan semula fahaman Kristian dari Mazhab Ortodok dan Mazhab katolik.

PENGEPUNGAN DAN PEPERANGAN



  • Selepas membuat persediaan dengan teliti, Sultan Muhammad al-Fateh tiba di hadapan kota Konstantinopel pada hari Khamis, 26 Rabiulawal 857 atau 6 April 1453
  • Sultan Mehmed II menyusun dan membahagikan tenteranya kepada 3 kumpulan
  • Kumpulan pertama berperanan mengepung kota yang mengelilingi Konstantinopel supaya tiada sebarang bantuan tiba
  • Kumpulan kedua adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan
  • Kumpulan ketiga mengendalikan 14 buah meriam besar yang dihalakan kearah kota itu
  • Pasukan pengawal diletakkan dibeberapa kawasan strategik seperti kawasan bukit sekitar Konstantinopel
  • 180 buah kapal laut Uthmaniyah diletakkan disekitar perairan mengelilingi kota. Malangnya kapal-kapal itu gagal memasuki perairan Tanjung Emas kerana satu rantai besi besar
  • Sejak hari pertama serangan, tentera Byzantin berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyah tetapi serangan strategik Uthmaniyah berjaya mematahkan halangan itu sedikit demi sedikit ditambah pula dengan meriam di setiap sudut
  • Bunyi meriam yang sangat kuat menimbulkan perasaan gementar yang amat sangat kepada penduduk Konstantinopel sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan


PERJANJIAN AL-FATEH DENGAN MAHARAJA BYZANTIN


  • Maharaja Constantine berusaha melemahkan semangat al-Fateh. Pelbagai bentuk hadiah dan tawaran dikemukan bagi menyelamatkan takhta dan kerajaannya tetapi Sultan Mehmed tidak menerimanya malah meminta benteng Konstantinopel diserahkan secara aman
  • Kepungan tentera Uthmaniyah masih belum berjaya sepenuhnya kerana dihalang oleh rantai besi raksasa
  • Pada masa yang sama, tentera Uthmaniyah terus melancarkan serangan demi serangan sehingga berjaya memecah benteng di Lembah Lycos pada 18 April 1453
  • Tentera Byzantin berusaha sedaya upaya mempertahankan bahagian itu dari serangan. Pada hari yang sama dari arah laut, beberapa buah angkatan laut Uthmaniyah cuba melepasi rantai besi gergasi tetapi malangnya gabungan tentera laut Byzantin dan bantuan kapal perang Eropah berjaya menangkis serangan itu dan berjaya memusnahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyah
  • Dua hari selepas serangan itu, sekali lagi serangan laut dilancarkan kedua belah pihak. Bantuan kapal perang dari kerajaan Genoa tiba bagi membantu pihak Byzantin dipimpin Justiniani.
  • Bantuan dari Genoa berjayab melepasi angkatan laut Uthmaniyah. Kegagalan itu menyebabkan Sultan Mehmed terlalu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasa


KEAJAIBAN TENTERA UTHMANIYAH


  • Satu-satunya penghalang bagi pengepungan itu ialah rantai besi raksasa Tanjung Emas
  • Akhirnya Sultan Mehmed II menemui satu kaedah luar biasa bagi membawa kapalnya masuk ke perairan itu
  • Beliau memanggil semua panglima tenteranya dan mencadangkan supaya mereka membawa masuk kapal-kapal itu ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat
  • Pada malam itu juga, tentera Uthmaniyah telah berusaha memindahkan 70 buah kapal perang dari persisir pantai Besiktas ke Galata
  • Mereka melalui sebuah bukit yang tinggi dengan jarak melebihi 6 batu atau 9.6 kilometer
  • Pada awal pagi itu, penduduk Konstantinopel dikejutkan dengan laungan takbir tentera Uthmaniyah di Tanjung Emas
  • Maharaja Constantine mengadakan mesyuarat tergempar dengan para pemimpin atasannya bagi merancang strategi seterusnya tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat
  • Antara cadangan tersebut ialah mereka meminta Maharaja Constantine sendiri pergi mendapatkan bantuan dari pihak Kristian di Eropah tetapi beliau menolak cadangan tersebut
  • Sultan Mehmed al-Fateh bertambah yakin bahawa kemenangan semakin hamper
  • Beliau sekali lagi menghantar utusan damai meminta Constantine menyerahkan Konstantinopel secara aman tetapi Constantine tetap mahu mempertahankan kota itu
  • Sultan Mehmed terus membincangkan strategi seterusnya bersama para panglima tenteranya. Akhirnya beliau memutuskan untuk meneruskan pengepungan kota itu


HARI KEMENANGAN



  • Pada 27 Mei 1453, Sultan Mehmed bersama tenteranya telah bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran ke atas benteng Konstantinopel
  • Pada malam Selasa 20 Jamadil Awal 857 bersamaan 29 Mei 1453, serangan pertama dilancarkan. Selepas subuh, perrintah untuk menyerang dikeluarkan. Tentera Uthmaniyah yang berjumlah 150,000 orang menyerang dengan memanjat segenap penjuru benteng
  • Akhirnya mereka berjaya menembusi Konstantinopel dan terus mengibarkan panji-panji kerajaan Uthmaniyah di puncak kota
  • Maharaja Constantine merasa putus asa untuk terus bertahan lalu menanggalkan pakaian mahalnya supaya tidak dikenali musuh. Namun, akhirnya beliau turut terbunuh dalam serangan itu
  • Kematian Constantine menjadikan tentera salib Byzantin semakin kucar kacir
  • Pada hari itu, majority penduduk Konstantinopel bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota
  • Sultan Mehmed berpesan supaya menunjukkan akhlak yang baik kepada penduduk Konstantinopel dan tidak melakukan sebarang kemusnahan atau pembunuhan
  • Beliau kemudian menuju ke gereja Aya Sofya. Ketakutan yang terbayang di wajah masing-masing bertukar ceria apabila Sultan Mehmed meminta mereka bertenang dan menjanjikan keamanan
  • Selepas itu, Sultan Mehmed mengarahkan supaya gereja itu ditukar menjadi masjid dan beliau bersama tenteranya mendirikan solat asar di situ
  • Para pekerja juga bertungkus lumus menanggalkan palang salib, patung dan gambar-gambar yang terdapat dalam gereja itu. Pada hari jumaat itu, Sultan Mehmed bersama kaum muslimin telah mendirikan solat jumaat di masjid Aya Sofya. Khutbah pertama di masjid Aya Sofya telah disampaikan oleh Syeikh Ak Semsettin
  • Bagi meraikan kejayaan itu, Sultan Mehmed II mengutuskan perkhabaran gembiran mengenai penawanan Konstantinopel kepada semua kerajaan Islam yang ada pada ketika itu
  • Kejayaan itu menamatkan penguasaan Empayar Byzantin yang menjangkau 1125 tahun. Sultan menjadikan Konstantinopel sebagai ibu Negara ketiga kerajaan Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne sehingga kini



PENTADBIRAN DAN PENYUSUNAN



  • Selepas penaklukan Istanbul, Sultan Mehmed mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Byzantin
  • Peraturan bertulis pertama yang diwujudkan telah diberi nama Kanunname-I Ali Osman (Undang-Undang Kerajaan Uthmaniyah)
  • Beliau memberikan hak kepada Perdana Menterinya bagi menyusun atur dewan perundangannya sendiri (Divan)
  • Sultan Mehmed adalah pemerintah Uthmaniyah pertama yang menulis perundangan berkaitan jenayah dan pentadbiran sebelum Sultan Suleyman Kanuni
  • Beliau menjemput para ilmuan Islam ke Turki dan menempatkan di masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian yang dibina dengan pesat di Istanbul
  • Beliau juga mewujudkan beberapa unit jawatan penting seperti defterdar (kementerian kewangan) dan kaziasker (ketua hakim ketenteraan)


KEMANGKATANNYA


  • Sultan Mehmed II mangkat pada 3 Mei 1481 kerana diracun oleh doktor peribadinya di kota Hunkarcayiri berdekatan Gebze
  • Beliau dikebumikan di pemakaman Fateh Turbesi berdekatan Masjid Fateh di Kota Istanbul
  • Antara kesungguhan beliau yang jarang terdapat pada pemimpin lain ialah beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat tahajud dan solat sunat rawatib



KEJURUTERAAN


  • Sultan Mehmed cukup pintar dalam hal ehwal pentadbiran dan politik
  • Sepanjang pemerintahannya, kerajaan Uthmaniyah memasuki era perubahan dan pembangunan
  • Lebih 300 buah masjid,57 buah university (medrese), 59 tempat mandian awam, 29 buah pasar tertutup (edesten), berpuluh-puluh buah pusat kerajaan, benteng kota, pusat perhentian pengembara dan jambatan telah dibina
  • Jambatan Sultan Mehmed Fateh juga dinamakan sempena namanya
  • Di Istanbul sahaja, beliau menukar 8 buah gereja yang ditinggalkan menjadi masjid, salah sebuah masjid yang cukup terkenal sehingga kini ialah Hagia Sophia (Ayasofya). Masjid Eyup atau lebih dikenali sebagai Eyup Camii dan Fateh Camii pula adalah 2 buah masjid yang sangat tersohor di Turki
  • Pada tahun 1470, kompleks Fateh Kulliyesi atau Universiti Fateh siap dibina. Bangunan ini menempatkan kelas-kelas pengajian, masjid, hospital, pusat pesakit mental dan sebagainya
  • Sebuah pasar terkemuka yang dikenali sebagai Kapali Carsi (pasar tertutup) telah dibina dan menjadi pusat dagangan yang begitu penting di era tersebut
  • Istana Topkapi juga kekal sehingga kini dan menjadi antara lokasi penting untuk dilawati
Rujukan:-
  1. Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
r