SEJARAH AWAL PEMBENTUKAN KHALIFAH UTHMANIYAH
Sulaimen menginggal dunia pada tahun 1230 dan digantikan oleh salah seorang puteranya yang bernama Ertoghrul. Mereka terus berpindah(nomad) dari satu tempat ke satu tempat yang lain selain sehingga ke barat laut Anatolia. Lebih kurang 100 buah keluarga turut bersamanya dan lebih 400 orang penunggang kuda mengawal mereka.
Semasa perpindahan itu, mereka bertembung dengan satu pertempuran yang sedang meletus. beliau melihat pertempuran itu dengan jelas dan mengambil tindakan mendekati tempat kejadian. beliau mendapati satu pertempuran sengit berlaku di antara tentera Islam dengan tentera Kristian Byzantin yang semakin hampir memenangi pertempuran tersebut.
Melihat situasi itu, Ertoghrul bersama pasukan berkudanya menghulurkan bantuan bagi melindungi tentera muslimin. Bantuan itu menyebabkan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Sebaik sahaja pertempuran itu selesai, panglima pasukan Seljuk yang dipimpin oleh Sultan 'Alauddin III memberikan penghargaan kepada mereka.
Beliau menganugerahkan sebidang tanah di sempadan barat Anatolia yang begitu hampir dengan sempadan Romawi. Beliau turut diberikan sokongan dan bantuan untuk menakluk wilayah yang berada di bawah kekuasaan Byzantin. Pakatan antara pihak Seljuk dan kabilah baru itu terjalin erat kerana wujudnya satu musuh yang diperangi bersama. Persahabatan itu terus terjalin sepanjang hayat Ertoghrul.
Ertoghrul mangkat pada tahun 1299 dan digantikan oleh anaknya yang bernama Osman.
Bermula daripada Osman inilah maka secara perlahan-lahan beliau dan keturunannya melakukan penaklukan ke daerah kekuasaan Seljuk sehingga sebelum akhir abad yang ke-14 semua negara lainnya diserap oleh Kerajaan Uthmaniyah. Beliau telah melancarkan perang di tengah-tengah Eropah dengan membawa panji-panji Islam ke sana dan beberapa bahagian Itali.
NEGARA TURKI
Turki adalah bumi dua benua. Satu kakinya berdiri di benua Eropah dan satu lagi berdiri di benua Asia.
Eropah : 3% bersamaan 24,378 km persegi
Asia : 97% bersamaan 790,200 km persegi
Negara Turki menjadi sebagai jejambat atau jambatan yang menghubungkan antara dunia Timur dan dunia Barat.
Penduduk memiliki warna kulit yang putih dan mempunyai wajah seperti manusia Eropah.
PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM TURKI
Daripada Buku Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
Telah lama bermula sejak zaman permulaan atau keagongan pemerintahan Dinasti Bani Abbassiyyah. (132-749 Hijrah/656-1258 Masehi).
Mereka merupakan kumpulan sokongan yag menguasai pemerintahan dan mewarnai corak pemerintahan Kerajaan Bani Abbassiyyah khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’tasim yang ke lapan Kerajaan Bani Abbassiyyah.
Zaman menjadi tuan dan pemerintahan Khalifah-Khalifah Kerajaan Dinasti Uthmniyyah Turki yang berasal dari keturunan Uthman Bin Ertoghrul bin Sulaiman Syah merupakan pengasas.
Khalifah : Seramai 36/37 orang
Masa : 625 Tahun (698-1341 Hijrah/ 1299-1924 Masehi)
Walaupun Kerajaan Bani Abbassiyyah dianggap teguh dan kukuh, khalifah mereka dianggap lemah bermula daripada Khalifah al-Wathiq, khalifah ke sembilan. Walau bagaimanapun pentadbiran khalifah ini, kekuatan terletak pada para pembesar kerajaan yang menguasai pentadbiran. Cuma khalifah sahaja yang lemah seperti boneka.
Zaman Khalifah Uthmaniyah, mereka memerintah dengan kuasa penuh di tangan bukan menjadi boneka kepada orang lain.
Kemunculan dan tegaknya kerajaan Uthmaniyah Turki bukanlah bersinambungan setelah tumbangnya kerajaan bani Abbassiyyah, tetapi memakan masa yang lama untuk muncul dan berdiri.
Ketika Kerajaan Bani Abbassiyyah tumbang, Kota Baghdad telah dikuasi oleh kaum Tartar atau Monggol yang menyerang dan membinasakan kerajaan tersebut.
Mereka membunuh khalifah dan penyokong Kerajaan Bani Abbassiyyah, membinasakan kitab-kitab agama dan meperkosa wanita.
Pada masa itu, orang Turki yang memerintah Kerajaan Bani Abbassiyyah yang berpusat di Kota Baghdad telah mengumpul kekuatan untuk menghadapi kaum Monggol. Peperangan berlaku diantara orang Turki dan Tentera Monggol.
Orang Turki dan Monggol adalah berani, bijak, gagah perkasa. Semua kaum menyusun kaum masing-masing untuk melawan kaum Tartar yang diperintah oleh Raja Tartar (Hulagu Khan) yang merupakan ketua pasukan tentera monggol. Raja Tartar telah menyerang dan memusnahkan kota Bahgdad yang beragama Islam dan perang tersebut bertukar menjadi perang saudara kerana masing-masing rebut kuasa pemerintahan sesame islam.
Dengan itu pertumpahan darah sesama kaum Muslimin terus berlaku sehinggalah ayah kepada Khalifah Uthman I iaitu Ertoghrul Bin Sulaiman Syah berjaya membina tapak kerajaan orang-orang Turki suku Qayi di barat Negara Anatolia (Negara Turki sekarang).
Rujukan:-
- Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
- Ikhtisar Perkembangan Islam - Haji Dusuki Haji Ahmad
- Fakor Kebangkitan dan Sebab Kejatuhan Empayar Uthmaniyah - Dr. Ali Muhammad As-Solabi
- Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah - Mohd Fikri Che Hussain
- Sejarah Tingkatan 4 (Buku Teks) - Nik Hassan, Muhd Yusuf, Muhammad Bukhari