Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah berpunca
kepada beberapa faktor utama seperti :
- Konspirasi jahat oleh negara Eropah (Inggeris, Perancis, Itali & Rusia) sejak berabad-abad yang mahu merobohkan & meruntuhkan kerajaan dinasti bani Uthmaniyyah Turki.
Tindakan
memecah belah umat Islam Turki dengan cara memupuk fahaman Nasionalisme
di kalangan para pelajar di Eropah, setelah pulang ke negara asal mereka
terus memperjuangkan fahaman itu.
Tindakan
negara-negara Arab sendiri (Mesir, Hijaz & Nejad) yang bertindak keluar
dari naungan pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah atas hasutan kerajaan
Inggeris.
Pengaruh
kumpulan pembaharuan
yang dinamakan Golongan Turki Muda yang mahukan perubahan di dalam pemerintahan
& kebudayaan Turki.
Pergerakan
Kaum Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi lama atau agama Islam
yang menjaga kepentingan hukum khususnya terhadap kaum wanita, terus menggugat
keutuhan kerajaan Uthmaniyyah yang berteraskan pentadbiran syariah Islam
didalam aspek pentadbiran & sosial.
Kekuatan
pengaruh kaum Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang mahu mendirikan Negara Yahudi di bumi
Palestine.
rRujukan : Pemerintahan Kerajaan Dinasti Uthmaniyah Turki - Tarikuddin bin Haji Hassan
No comments:
Post a Comment